Pemberita dan pengulas sukan tersohor, Abu Bakar Atan dikatakan bakal membuat penampilan terakhirnya bersama syarikat stesen televisyen swasta, TV3 hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh wartawan, Hasnida Hanim menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya.
Jelas Hasnida, Abu Bakar atau lebih popular dengan panggilan Abang Burn merupakan antara watak penting yang mencorakkan kerjayanya sebagai seorang wartawan sukan.
View this post on Instagram
“Esok hari terakhir Abu Bakar Atan @abakaratan berkhidmat bersama TV3 sebagai penyampai sukan di Buletin Utama TV3.
“Sifu yang mula-mula mengajar saya dalam dunia kewartawanan sukan kepada seorang lepasan graduan Sains Sukan yang masa tu tau sukan silat je,” kongsinya.
Dalam pada itu, Hasnida turut berkongsi pengalaman pahit manis sepanjang berkerja bersama ikon penyiaran sukan itu.
“Ya rabbi memang skrip teruk nak pulak buat cerita bola sepak score 0-0 memang tak reti sebab masa tu balik dari stadium cakap dengan a. Burn “A. Burn game tadi 0-0 saya tak buat skrip”. Dia punya marah tak payah cakap la tapi tu semua pengalaman alhamdullilah.
“Banyak ilmu dan nasihat saya pelajari. Terima Kasih A. Burn semoga terus berjaya!,” tulisnya lagi.
Malah, Hasnida turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat apa sahaja bidang yang diceburi oleh Abu Bakar selepas ini.
Terdahulu, Abu Bakar difahamkan harus meninggalkan bilik berita TV3 kerana dikatakan bakal menjawat jawatan penting di tempat baru yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Sumber: Instagram Hasnida Hanim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI