Pelakon, Zulin Aziz ada menitipkan ucapan buat sahabatnya yang juga merupakan seorang pelakon, Dayana Roza yang selamat melangsungkan majlis pernikahannya, semalam.

Menurut Zulin, dia berasa sangat terharu kerana akhirnya Dayana dipertemukan dengan lelaki yang rendah diri dan baik budi pekertinya.

“Kisah cinta dia dari zaman muda mudi sampai sekarang ada dalam ingatan. Aku boleh tulis balik semua jadikan novel. Dia putuih cinta, aku yang kene pujuk dia.

“Finally, dia jumpa jodoh dia harini. Aku sangat happy dia jumpa jodoh yang jaga solat, humble dan friendly macam ni,” kongsinya.

Ads

Kisah tersebut diceritakan penyanyi lagu Dan Ketika Itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram.

Dalam pada itu, Zulin turut mendoakan semoga Dayana dan suaminya itu akan kekal berkekalan hingga ke jannah.

Ads

“@adaleadham , jaga @dayanaroza baik-baik yaa? Bimbing dia hingga ke jannah. Jangan sakitkan hati dia ya? Kalau dia degil, call i tau. I ceramah dia.

“Nanti datang rumah ok? ku masakkan sedap-sedap. Sayang korang dua,” tulisnya lagi.

Ads

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen hubungan akrab dua sahabat ini selain turut mendoakan semoga Zulin juga akan dipertemukn dengan jodoh yang baik-baik.

“Dia Putus Cinta, Aku Yang Kena Pujuk,” – Akhirnya Berjodohan Dengan Si Dia, Zulin Aziz Buka Rahsia Fasal Dayana Roza“Dia Putus Cinta, Aku Yang Kena Pujuk,” – Akhirnya Berjodohan Dengan Si Dia, Zulin Aziz Buka Rahsia Fasal Dayana Roza“Dia Putus Cinta, Aku Yang Kena Pujuk,” – Akhirnya Berjodohan Dengan Si Dia, Zulin Aziz Buka Rahsia Fasal Dayana Roza

Terdahulu, Dayana telah selamat bernikah dengan usahawan, A’dale Adham Ahayudin dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram Zulin Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI