Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pembaca berita, Zehra Zambri yang telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 38, di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Menurut Zehra,34, ini adalah perkahwinan kedua bagi mereka dan suaminya berstatus duda dua anak, memetik Harian Metro.
“Dia adalah rakan sekerja di RTM dan bertugas di bahagian Berita Ehwal Semasa sebagai penyunting Berita TV.
“Suami berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan dan kami mula mengenali semasa dia mula bekerja di RTM pada hujung Disember 2019,” katanya yang bersyukur kerana majlis berjalan lancar.
Sementara itu, Zehra yang sinonkm menerusi lagu Semalakama ini mengakui hubungan mereka pernah melalui fasa pasang surut sebelum akhirnya berjodohan sebagai suami isteri.
Ads
“Hubungan kami banyak juga diduga kerana maklumlah satu tempat kerja. Masing-masing ada peminat rahsia.
“Kami mula berkawan sejak awal tahun lalu, namun bergaduh pada Mac kerana gangguan dari orang sekeliling kami.
”Alhamdulillah, awal tahun ini suami berusaha untuk tawan hati saya semula. Jodoh kami pun kuat dan akhirnya kami berjaya disatukan,” katanya.
Ads
Zehra pada masa sama mengharapkan agar perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka.
Ads
“Kami masing-masing pernah berkahwin, jadi untuk kali ini kami akan perbaiki kelemahan dan berkekalan.
“Suami tak halang untuk saya aktif dalam bidang seni asalkan tahu jaga diri dan tanggungjawab. Insya-Allah, kami merancang nak berbulan madu di Langkawi,” katanya.
Sekadar informasi, Zehra pernah mendirikan rumah tangga dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, tetapi hanya bertahan selama enam bulan saja sebelum bercerai pada April 2018.
Pelakon dan hos, Janna Nick mendedahkan dia melakukan ujian saringan Covid-19 seminggu sekali bagi ketika ini menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik.
Meski memahami ini antara alternatif terbaik bagi memastikan rantaian pandemik dapat dikurangkan, dia turut berharap agar semuanya kembali pulih sebagaimana sebelumnya.
“Tak tahulah berapa kali kena buat swab test. Seminggu sekali buat swab test. Betul-betul perlukan vaksinlah,” katanya sambil mengesat air mata.
“I REALLY NEED THE VACCINE. I can’t continue like this. Seminggu sekali kena swab test. Setiap kali masuk new set kena swab test, Setiap kali masuk new tv program kena swab test. Setiap kali kena masuk new building kena swab test.
“I understand that at the moment, this is the only option we have to keep everyone safe. I just hope the vaccine really works & things can go back to normal,” tulis hos Melodi ini pula pada ruangan kapsyen.
Jika tadi kami kongsikan berita gembira tentang pelakon Sari Yanti, kali ini satu berita sedih yang kami terima tentang Mia Ahmad.
Seperti yang kita tahu sebelum ini Mia Ada berkongsi beberapa hint yang membuatkan ramai bersepkulasi tentang kehamilannya.
Malah, Mia juga pernah disangkakan berbadan dua kerana satu gambarnya ketika di lokasi pengambaran viral kononya nampak baby bump secara tidak sengaja.
Namun baru-baru ini melalui sebuah posting di Instagram, Mia ada meluahkan perasaan sedihnya di ruangan Insta Stories.
Salah satu postingnya yang mendapat perhatian ramai apabila Mia memberitahu dia bersama suami tidak dapat menolak Qada & Qadar yang telah ditentukan.
“I Still Have Allah and this man of my life. May Allah grant you Jannah, syg. Amin.
“Qada & Qadar we can’t deny,” tulisnya ringkas di Insta Stories.
Malah, Mia turut muat naik sebuah video yang mengatakan produk yang pernah diambilnya suatu masa dahulu ini bukan sahaja bagus untuk wanita lepas bersalin tetapi juga sesuai untuk individu yang mengalami keguguran.
So adakah ini satu hint atau hanya sekadar kebetulan sahaja?
Namun, apa yang MH sedar baru-baru ini juga Mia ada memuat naik sekali lagi sebuah gambar dengan ucapan terima kasih buat semua individu yang sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya.
Apapun MH harap Mia dalam keadaan yang baik-baik, sekiranya spekulasi ini benar, kami harap Mia akan terus kuat dan jangan mengalah untuk cuba sekali lagi!
Buat netizen pula, mungkin ini bukanlah masa yang sesuai untuk anda semua mengecam apa-apa tindakan Mia yang hanya berniat untuk berkongsi perkembangan diri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Reen Rahim memohon para pengikutnya agar tidak terpedaya dengan promosi permainan dalam talian yang telah dihantar oleh akaun Instagramnya sendiri menerusi ‘direct Message’.
Ini kerana, bintang Syif Malam Raya itu menjelaskan aplikasi itu seolah-olah digodam individu tidak bertanggungjawab sekali gus menggunakan akaun media sosial miliknya.
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...