Hos dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa ada memuat naik kembali foto yang telah disunting baru menerusi Instagram, baru-baru ini.
Malah difahamkan, ruangan kapsyen juga turut diubah menerusi foto yang merakamkan aksinya yang sedang berposing dengan teropong.
“When you’re looking for love and beauty in each other and ( swipe ) Allah Almighty blessed you with more than what you asked for,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, ada peminat yang perasan akan perubahan foto tersebut yang mana ia telah disunting kembali pada bahagian lengan figura asal Kelantan itu.
Malah, ada di antara mereka yang memuji tindakan yang diambil Neelofa.
Terdahulu, penampilan bekas hos program MeleTop itu yang dikatakan sudah mula kerap mengenakan ‘inner’ dan stoking selain bertudung menutupi dada menerima respon positif ramai.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Yang Saya Harapkan, Biarlah Dia ‘Enjoy’ Dengan Kehidupan Sekarang Sebab…,” – Harapan Bienda Buat Ibunya, Sheeda Selepas Bergelar Ibu Tunggal
Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya, Nor Razlinda Razli yang kini berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah bersama suaminya akui mahu mendoakan yang terbaik buat kenalan, termasuk memohon kebahagiaan berpanjangan buat ibu tersayang, penyanyi Sheeda.
Katanya kepada MH, apa yang telah dilalui si ibu yang kini kembali bergelar ibu tunggal adalah sesuatu yang tidak mudah untuk ditelan.
“Sudah tentu saya akan mendoakan kebahagiaan mama. Kalau diikutkan, selain dia pastinya juga buat suami, anak-anak, keluarga serta sahabat handai. Doa untuk semua, usah kedekut doa.
“Kata orang lagi banyak orang yang kita mendoakan, lebih baik,” akui Bienda jujur.
Ditanya mengenai apa yang telah berlaku dalam kehidupan peribadi Sheeda, anak kedua daripada tiga beradik ini percaya ibunya seorang yang kuat.
Sebagai anak, sudah pasti dia mengharapkan yang terbaik.
“Untuk mama, saya percaya dia seorang yang kuat, sudah lalui beberapa proses perceraian sebelum ini. Dia seorang yang positif. Hubungannya dengan Daddy (panggilan Bienda buat bekas bapa tiri) masih lagi baik.
“Sebagai anak saya kagum punyai ibu yang memiliki hati yang sangat baik, suka tolong orang. Saya sebagai anak lebih mengenalinya.
“Apa yang saya harapkan kini, biarlah dia ‘enjoy’ dengan kehidupan sekarang sebab sebelum ini dia banyak berkorban untuk orang lain.
“Orang luar tidak tahu macam mana mama struggle. Mungkin kami bukan jenis yang suka kongsi mengenai hal peribadi, mana yang terdekat tahulah.
“Mama sejak muda jalani hidup susah. Maksudnya bercerai kemudian bergelar ibu tunggal, kerja dengan menyanyi tanggung anak-anak sampailah kami besar,” ulasnya.
Pada masa sama, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Penantian ini turut bersimpati atas apa yang berlaku seterusnya cuba memberi sokongan berterusan buat ibu.
“Lalu bila kita ni anak perempuan bila sudah berkahwin, sudah ada tanggungjawab sendiri dan hanya boleh bantu sedaya mampu.
“Akan tetapi saya akan tetap ‘fight’ untuknya. Bila ibu kita menjadi ibu tunggal, sudah tentu kita sebagai anak kena bantu. Sebanyak mana yang kita mampu tolong, kita tolong.
“Dia juga pernah kahwin beberapa kali sebelum ini, kesian padanya. Kalau ditanya pada saya, sebagai ibu… Dia di mata saya sudah cukup baik.
“Saya mengharapkan sesuatu yang baik hanya untuknya. Dia pikul tanggugjawab yang besar,” ujar ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.
Difahamkan, Sheeda yang terkenal menerusi lagu dangdut, Angkat Kaki berpisah dengan suaminya sejak pertengahan tahun lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fattah Amin Berhati Mulia, Tak Ambil Komisen Walau 1 Sen & Minta Infak Golongan Memerlukan – “Pak Mat Minta Izin Kongsi Buat Inspirasi…”
Pelakon Fattah Amin mahu menyalurkan wang komisen hasil daripada penglibatannya dalam mempromosikan sebuah produk makanan, baru-baru ini sebagai sumbangan infak kepada golongan memerlukan.
Sekaligus, penyanyi lagu Wanita Terakhir berusia 34 tahun itu memilih untuk tidak menerima walau satu sen daripada komisyen berkenaan.
Menerusi tangkap layar perbualan dengan pihak jenama Pat Mat Western yang mengeluarkan produk makanan perap yang dikongsikan di Facebook, Fattah meminta pihak pengurusan mengendalikan niat murninya itu.
“Kecewa dengan tindakan Fattah Amin. Pak Mat kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen atas hasil penat lelah menjual kambing.
“Tapi, Pak Mat bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Pak Mat minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia.
“Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Moga dibalas segala kebaikan Fattah Amin,” tulis paparan terbabit bersama tangkap layar perbualan dipercayai bersama Fattah.
Menerusi tangkap layar itu juga, dapat diperhatikan nilai komisen yang dikaburkan dipercayai berjumlah ribuan ringgit.
“Alhamdulillah terima kasih boss. Cuma komisen tu nak minta tolong team Pat Mat uruskan boleh? Infak kepada orang yang perlukan,” katanya.
Terdahulu, Fattah tampil mempromosikan jenama berkenaan dalam sebuah iklan yang ditayangkan di sosial media sekaligus menjadi sorotan ramai pihak.
Sehingga kini, perkongsian daripada Pak Mat Western di Facebook itu sudah pun menerima lebih 20,000 tanda suka dan disusuli dengan ribuan komen daripada warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Perkongsian terkini Fattah Amin bersama anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya. Turut kelihatan di dalam hantaran sama ialah ahli keluarga Fattah yang lain. [IG: fattahaminz] #MHnews #MediaHiburan ♬ bunyi asal – 𝐍𝐋𝐍
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tergamak, Pukul Cucu Hingga Koyak Kulit
Sebuah rakaman berdurasi 2 minit 50 saat yang memaparkan seorang nenek bersikap panas baran dan memukul cucunya berusia lima tahun hanya kerana tertumpahkan makanan di atas meja makan menjadi tular dan mendapat perhatian para netizen.
Kanak-kanak tersebut dipanggil ke tepi meja lalu dipukul dengan sebatang kayu secara bertubi-tubi. Walaupun si kecil itu menjerit kesakitan namun tidak diendahkannya.
Sempat berkata “Tidak kisah jika video ini di viralkan” kepada si perakam, nenek panas baran ini terus memukul kanak-kanak tersebut dan menamparnya beberapa kali. Bukan itu sahaja, satu tendangan di perut juga sempat melayang tanpa belas kasihan.
Video ini mendapat perhatian ramai sejak si perakam memuat naik video tersebut ke laman sosialnya. Difahamkan, kanak-kanak malang tersebut hanya dijaga oleh nenek saudaranya untuk sementara waktu .
Berang dengan tindakan tersebut, beberapa netizen yang mengenali dan tinggal berdekatan berkumpul di hadapan rumah nenek tidak bertanggungjawab itu dan meminta penjelasan mengapa kanak-kanak tersebut diperlakukan sebegitu.
Kelihatan ayah si mangsa juga ada di tempat kejadian dan kelihatan sangat berang atas nasib yang menimpa anaknya itu dan tidak menyangka, betapa beraninya nenek tersebut memukul anaknya tanpa belas kasihan.
Setelah kejadian itu berlaku, beberapa keping gambar serta video juga telah dimuat naik untuk perkongsian update tentang kes tersebut. Walaupun mengalami luka teruk sehingga terkoyak kulit di bahagian tangan, kelihatan wajahnya tersenyum tenang menahan kesakitan dan lega diselamatkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azlin Sadari mengesahkan telah menerima laporan tentang kes penderaan kanak-kanak tersebut.
Kini, nenek berusia 62 tahun ini telah ditahan reman mengikut seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan siasatan terhadap wanita itu dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Jika disabit kesalahan, nenek tersebut bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : MYNEWSHUB.CC
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI