Pelakon jelita, Amyra Rosli ada memuat naik sekeping foto di laman akaun Instagram miliknya.
Bintang drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan itu telah menerima kejutan istimewa makan malam daripada suami, pelakon Amar Baharin meski Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara.
“#stayathome candle light dinner by @amarbaharin Dia rindu nak dating,” tulisnya.
View this post on Instagram#stayathome candle light dinner by @amarbaharin 😍 Dia rindu nak dating 🤗
A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat memuji sikap Amar yang sangat romantis dan penyayang bersama isterinya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar November 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 2 tahun dan Ayra Arysaa, 2 bulan.
Foto: Instagram Amyra Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terbitkan Kisah ‘Hantu Korea’ Yang Keluar Dari Peti TV, Datuk Awie; “Ramai Kenal Saya Dengan Filem Zombie Kampung Pisang Dan…”
Datuk Awie memilih filem seram komedi sebagai naskhah terbitan syarikat miliknya Rumah Produksi Merah.
Bintang terkenal itu tampil menerbitkan filem berjudul Sue-On iaitu kisah mengenai hantu dari siri Korea yang tersesat masuk ke Malaysia menerusi layar televisyen.
“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.
“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” katanya.
Mengambil inspirasi dari sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.
Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On adalah sebuah filem yang cukup santai dan sarat dengan elemen-elemen komedi yang menghiburkan.
Penggambaran filem berkenaan dilakukan pada November hingga Disember
2021 di Taiping, Perak.
Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 6 Julai lalu dan masih ditayangkan sehingga sekarang.
Sue-On mengisahkan seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen.
Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin TV, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, memadamkan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mati Di Sini,” – Pengalaman Lihat Jenazah Diusung Di Tanah Suci, Jentik Hati Fara Fauzana
Sekeping klip video memperlihatkan ratusan jemaah sedang berpusu-pusu mengusung jenazah untuk disolatkan oleh jutaan umat yang sedang berada di Tanah Suci.
Kagum melihatnya buat pertama kali, ulas Fara Fauzana, dia tidak menyangka impiannya selama ini termakbul.
“Ini adalah pertama kali saya melihat jenazah-jenazah yang diusung. Ini pengalaman pertama saya. Semoga saya juga diberi kesempatan untuk meninggal di sini,” ulasnya dalam rakaman video.
Jom ikuti pengalaman bermakna Fafau.
“M A T I D S I N I
“Seronok mendengar cerita @faizalfbi76 dpt mengusung jenazah sehingga ke tanah perkuburan ketika di Madinah. As a friend mesti saya happy tp ada sedikit cemburu sebb dia dpt merasai pengalaman itu (fyi only man can experience that) andai ada yg bertanya apa kelebihan mengusung jenazah ketika di tanah haram boleh check balik video LIVE UPDATE kami di FB @dbilique”
“Allah maha adil, Allahuakhbar. semalam ketika Saya selesai bersaie utk ibadah umrah di bahagian atas lalu terlintas utk smbhyg isyak dikawasan dataran sahaja. Bila saya turun kebawah, Entah laluan mana saya ikut dan membawa saya kepada kawasan yg agk ramai orang menunggu didepannya.
“Then my mind like “mesti ada sesuatu kat sini kalau tdk mereka takkan tunggu ramai2” (sbb usually ppl akan berpusu2 di bhg depan kaabah). I decided to smbhyg isyak bersama yg lain dsitu. selesai je solat Isyak lalu palang dibuka maka kaum lelaki didepan saya meluru kedalam spt mahu merebut sesuatu.
“Rupanya itulah laluan jenazah yg bakal disembahyang oleh ribuan atau mungkin jutaan umat Islam pada satu2 masa .. Allahuakhbar. Inilah pengalaman pertama saya melihat jenazah lalu didepan mata ketika di tanah suci. TQ @persadaglobalholidays
“Nota : saya juga mahu mati disini. Moga Allah mendengar doa kita semua. Ameen.”
View this post on InstagramA post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on
MH seronok mendengar pengalaman daripada mereka yang baru pulang dari Tanah Suci, banyak yang menginsafkan dan menyuntik semangat untuk turut sama berazam menjadi tetamu Allah satu hari nanti.
Foto – Instagram Fara Fauzana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kedutan Makin Jelas, Leher Macam Ayam Belanda,” – Zainalabidin Tak Malu Mengaku Guna Botox, Jaga Penampilan
Penyanyi senior, Datuk Zainalabidin akui sudah mula menjalani rawatan botox bagi memastikan keadaan kulitnya sentiasa tegang dan sihat.
Menurut Zainal, penampilan merupakan aspek dan aset yang penting sebagai seorang penghibur.
“Saya merupakan seorang penghibur. Sudah menjadi kewajiban hidup saya untuk berhadapan dengan orang ramai. Malah, wajah saya kerap dipertonton secara dekat.
“Ditambah pula dengan kecanggihan kamera masa kini. Semuanya 4D. Jadi, nampaklah semua kedutan di wajah saya ini.
“Lantaran itu, untuk memperlihatkan penampilan yang sihat, ia harus dirawat dengan sebaiknya,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Hijau itu berkata sedemikian ketika ditemui di program minum petang bersama Datuk Zainal Abidin yang berlangsung di Bunglow 37, Bangsar pada Ahad.
Program ini telah dianjurkan klinik kecantikan, Idealyst.
Katanya lagi, selepas menjalani rawatan, keyakinannya untuk beraksi dikhalayak ramai semakin tinggi.
“Saya tak malu untuk mengatakan yang saya memakai botox tapi bukan filler. Saya juga buat rawatan pada kulit wajah agar ia nampak sekata.
“Jadi, saya nampak lebih segar dan sihat. Itu yang penting. Selagi saya sihat, selagi itu saya akan beraksi di atas pentas. Kita tak boleh beli kesihatan tapi kita boleh usaha.
“Saya baru sahaja menjalani rawatan botox. Bila saya berjumpa dengan doktor pakar, mereka memaklumkan kedutan saya sudah semakin jelas terutama bila senyum. Leher pula dah macam ayam belanda.
“Jadi, ia tidak cantik bila dipertontonkan dan tak sesuai dilihat penonton,” ujarnya lagi.
Zainal juga menyarankan agar mereka yang ingin melakukan rawatan wajah supaya merujuk kepada klinik atau pengamal perubatan bertauliah untuk keselamatan.
“Ia adalah untuk karier saya sebab saya nak bertahan lebih lama. Mereka yang muda, masih muda dan cantik. Jadi, saya nak penampilan saya nampak sihat.
“Bukanlah jenis yang bengkak sana sini. Jadi, janganlah dibuat keterlaluan. Pergi kepada doktor yang bertauliah dan bukan pusat kecantikan yang tidak bertauliah kerana tak selamat,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI