Lagi isu tidak puas hati netizen terhadap pencalonan selebriti untuk Anugerah MeleTop ERA 2018 (AME 2018) bagi kategori Couple MeleTop.

Selain daripada tidak puas hati kerana pasangan Fattah Amin dan Fazura yang tidak tercalon dalam kategori tersebut, pelakon yang terpalit dengan kontroversi berkahwin dengan suami orang baru-baru ini, Izreen Azminda juga turut menjadi perhatian daripada netizen.

Nampaknya ada segelintir netizen yang tidak senang duduk dengan pencalonan Izreen dan suaminya Ude dalam kategori itu kerana mereka merasakan seperti pihak MeleTop tidak menghiraukan perasaan isteri pertama kepada Ude.

IKLAN

‘Dia Second Wife, Have Some Respect To The First Wife Lah’ – Netizen Tak Puas Hati Izreen Dan Ude Tercalon Dalam Couple MeleTop

Apapun ini hanya pendapat daripada netizen. Mungkin pihak MeleTop mempunyai alasan tersendiri mengapa nama Izreen dan Ude dicalonkan dalam kategori itu.

IKLAN

Selain daripada Izreen dan Ude, ramai lagi artis yang turut tercalon dalam kategori tersebut. Jom MH kongsikan calon-calon bagi Anugerah Couple MeleTop, AME 2018.

IKLAN

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Sumber: Instagram MeleTop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI