Pengacara dan doktor selebriti, Dr. Say Shazril reda apabila memaklumkan isterinya, Dr. Azura mengalami keguguran ketika usia kandungannya baru berusia lima minggu.
Jelas Dr. Say, dia dan isteri amat memerlukan sokongan moral kerana ia kali kedua isterinya itu mengalami keguguran.
View this post on Instagram
“8 November baru ni, bini missed periodnya. Buat pregnancy test, Alhamdullilah positif. Semestinya kami happy sungguh sebab kami memang plan nak anak dekat-dekat macam Ace dan Sef.
“Masa bini tahu yang dia pregnant Sef dulu, Ace was setahun 6 bulan. Pregnant kali ni sedikit awal, Sef setahun 3 bulan masa bini tahu dia pregnant.
“Tapi saya tak bising-bising yang bini saya pregnant sebab bini pernah mengalami keguguran pertama masa dia 13 minggu mengandung. Masa tu Ace was setahun tiga bulan, sebijik macam keadaan sekarang,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Tambahnya lagi, isterinya itu mula menyedari mengenai keguguran tersebut selepas mengalami pendarahan yang agak banyak pada Jumaat lalu.
“Kali ni jugak bini perasan pregnancy dia ‘lain’ sikit. Bini saya kalau mengandung alahan dia tak kuat sangat, tapi gastric dia kuat, sakit kepala berdenyut kuat. Kali ni simptom dia tengah-tengah, gastric tak berapa kuat, sakit kepala tak berapa kuat.
“Bini saya keep on saying ‘macam tak jadi je pregnancy ni’. Saya seperti biasa ‘lets not think about it dan just go with the flow’ tapi wanita lebih mengetahui badan masing-masing.
“Jumaat minggu lepas, apa yang kami takutkan tiba. Bini turun darah. Agak banyak kuantitinya which means, bini keguguran untuk kali kedua. Semestinya dia sedih yang teramat tapi saya tahu Allah has a better plan for us,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Dr Say dan isteri tetap berpandangan positif dan menyifatkan setiap yang berlaku ini pasti ada hikmah.
Malah, mereka juga tidak akan berputus asa untuk mencuba mendapat zuriat lagi selepas ini.
“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan mungkin kali ni Dia nak kami take our time, manjakan dulu Ace dan Sef. Bagi dalaman bini sembuh dulu sebelum Dia kurniakan kami rezeki seterusnya.
“Kesimpulan kisah ni, kadang-kasang things dont go the way we want it to be tapi whenever that happens, always look back on the things that you have.
“Kalau tak, harini tepat enam minggu bini mengandung tapi Allah lagi menyayangi anak kami. Doakan kami ye peeps? Baby girl sorang pastu tutup,” akhirinya.
Sekadar informasi, selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga, Dr. Say dan Dr. Azura Abas telah pun dikurnia dua orang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril dan Sefreil.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dr. Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI