Penyanyi, Shila Amzah akui gembira dengan sokongan yang ditunjukkan oleh kedua ibu bapanya Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman yang hadir ke Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) malam tadi.
Ia secara tidak langsung telah menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan rumah tangga ND Lala bersama isteri kini sedang bergolak dan hubungannya bersama Shila juga kurang baik.
Menurut Shila, bapanya yang juga merupakan penyanyi senior itu sememangnya sudah berjanji untuk hadir menonton persembahannya di diperingkat separuh akhir dan final GV9.
“Kehadiran kedua ibu bapa saya ini juga merupakan satu kejutan buat anda semua. Kita memang dah rancang sebegitu. Bapa saya selalu sibuk bila hujung minggu.
“Saya sangat gembira untuk melihat bapa saya di sini malam ini. Dia memang sudah berjanji akan datang pada konsert separuh akhir dan final,” katanya kepada MH usai konsert separuh akhir GV9 yang berlangsung pada Ahad.
Ads
ND Lala dan isteri turut ditemani oleh seorang lagi anak perempuan mereka yang juga merupakan penyanyi, Syada Amzah.
Malah, mereka sekeluarga turut diperkenalkan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sewaktu di awal konsert.
Sekitar Mac lalu, khabar angin yang mengatakan rumah tangga ND Lala dan isteri sedang goyah nyata bertiup kencang sehingga ada yang mendakwa mereka telah bercerai.
Ads
Namun, menerusi beberapa laporan media, Shila telah tampil menafikan segala dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, Shila mengakui ibu bapanya itu sedang mengharungi satu fasa yang agak sukar selepas hampir 33 tahun mendirikan rumah tangga.
Ads
Terdahulu, Shila telah menepati ramalan apabila berjaya mara ke konsert akhir GV9 yang bakal berlangsung pada Ahad ini.
Pada konsert malam tadi, Shila telah membawakan lagu Sang Dewi nyanyian asal Titi DJ dan sebuah lagi lagu duet bersama Jaclyn Victor iaitu Sampai Bila (Misha Omar).
Dua persembahan memukau itu memboleh Shila berada ditempatkan kedua di belakang Jaclyn dengan markah 79.20%.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Meerqeen berbesar hati apabila kini dilantik sebagai duta untuk segmen ‘Foundation and Fragrance Franchise’ di bawah jenama YSL Beauty Malaysia.
Perlantikan tersebut sekaligus menjadikan bintang utama drama Melur Untuk Firdaus itu sebagai selebriti pertama Malaysia yang menggalas tugas seumpamanya.
“Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty. Saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan langkaui batasan.
“Sebagai seorang yang percaya bahawa kehidupan perlu dinikmati sepenuhnya, saya bersukacita untuk bekerjasama dengan jenama ini bagi menggalakkan orang ramai melakukan yang sama,” katanya.
Kerjasama antara Meerqeen dan YSL Beauty dilihat positif bagi menyuntik perspektif segar kepada kempen pemasaran jenama itu di negara itu.
Sementara itu, Zaireen Ibrahim, Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia & Singapura menyambut baik semangat positif yang dibawa Meerqeen.
“Kami rasa gembira atas penglibatannya sebagai duta jenama kami. Personaliti dan nilai pelakon muda itu disifatkan sejajar dengan pendirian jenama kami yang mendukung keindividuan dan melangkaui batasan.
“Kami teruja untuk menyaksikan hasil yang akan dibawa dalam kolaborasi ini,” katanya di dalam satu kenyataan yang dikongsikan kepada media.
“Apa nak malu fya jual kek sedap tau!janji cari duit halal makan duit halal besarkan anak duit halal!
“Jangan sampai jadi orang yang “biar papa asal bergaya” Sodeh..3 jenis cake je fya jual buat masa ni kek lapis boleh pos,” tulisnya bersama tiga varian kek yang dijual iaitu Premium Lapis Rempah, Premium Lapis Prune dan Premium Durian Cake.
Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laan Haura, 2 tahun.
Bagaimanapun, pasangan tersebut sudah punpada 17 Jun lalu.
Foto: Instagram Lufya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam setiap amal kebaikan yang kita lakukan, ujian yang paling besar adalah apabila kita ingin melakukan kebaikan itu secara konsisten dan berterusan. Ini kerana, syaitan sering berbisik rasa ragu dan was-was demi membolak balikkan hati manusia dalam melakukan kebaikan serta menggugat keimanan.
Begitu jugalah dengan apa yang dialami oleh usahawan terkenal Joy Revfa ada berkongsi cerita perihal mengenai perkara tersebut. Bukan satu perkara yang mudah untuk kekal istiqamah dalam melakukan perubahan hidup ke arah yang lebih baik.
Kongsi Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, bukan satu perkara yang mudah selain ia harus disusuli dengan semangat dan usaha yang tinggi.