Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mengakui dia dalam perancangan untuk menambah bilangan cahaya mata dalam rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Fattah Amin.

Fazura berkongsi perkara berkenaan susulan satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, pertengahan Mei lalu.

Menerusi video yang sudah pun menerima lebih sejuta tontonan itu, pelakon filen Pisau Cukur ini berseloroh sekiranya mereka bakal beraya berempat pula selepas ini.

“Dia Selalu Tengok Video Baby,” – Fatima Sudah Masuk Usia 2 Tahun, Fazura Akui Idam 3 Cahaya Mata “Dia Selalu Tengok Video Baby,” – Fatima Sudah Masuk Usia 2 Tahun, Fazura Akui Idam 3 Cahaya Mata

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Kami sebenarnya merancang untuk cahaya mata kedua, memandangkan Fatima pun dah nak masuk dua tahun usianya.

Ads

“Malah saya perasan, dia selalu juga tonton video bayi. Daripada situ, kita tahu yang dia sukakan ‘baby’.

“InsyaAllah atas perancangan. Sebab ketika ini saya agak sibuk juga. Mungkin akhir tahun, selepas hari jadi saya kalau ada rezeki. Mudah-mudahan kali ini kami mahu anak lelaki.

“Selepas itu saya memohon dan berdoa, semoga ada rezeki untuk anak ketiga pula, mudah-mudahan. Nak tiga cahaya mata,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ads

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Fatima pada 2 Oktober 2020.

Sementara itu mengulas mengenai perancangan perniagaannya pula, Fazura menjelaskan pelbagai projek istimewa dalam perancangan khas buat pembeli setia.

“Dia Selalu Tengok Video Baby,” – Fatima Sudah Masuk Usia 2 Tahun, Fazura Akui Idam 3 Cahaya Mata“Dia Selalu Tengok Video Baby,” – Fatima Sudah Masuk Usia 2 Tahun, Fazura Akui Idam 3 Cahaya Mata “Dia Selalu Tengok Video Baby,” – Fatima Sudah Masuk Usia 2 Tahun, Fazura Akui Idam 3 Cahaya Mata

Ads

“Untuk tudung misalnya, kami merancang untuk mengeluarkan koleksi bersempena Raya Haji selain edisi hari jadi. Segala perkembangan akan saya kongsikan dari semasa ke semasa,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI