Isteri kepada pelakon dan pelawak, Allahyarham Zaibo yang disahkan meninggal dunia sekitar jam 1.30 tengah hari tadi di kampung halaman isterinya, Siti Hawa Sawal, 52, di Rengit, Batu Pahat memaklumkan, arwah sempat takbir tiga kali sebelum rebah.

Katanya seperti yang dipetik Sinar Harian, arwah yang pada ketika itu baru sahaja selesai mandi.

Menurutnya lagi allahyarham suaminya itu menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya serta beberapa anak yang turut menemani .

“Dia baru selesai mandi masa tu dan tiba-tiba batuk. Tapi, dia sempat takbir tiga kali sebelum rebah,” katanya.

Awal September lalu, Zaibo dilapor menerusi media telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kanser esofagus (esophageal cancer).

Bagaimanapun pada Jumaat lalu, Siti Hawa memberitahu keadaan arwah semakin pulih dan memerlukan rehat yang cukup selain meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Zaibo.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Salam takziah dari MH.

Foto: Sinar Harian

 

Apa Kata Anda