“Dia Senang Faham Orang, Memahami, Dia Tak…,”- Farah Nabilah Bongkar Sikap Sebenar Fikry Ibrahim

Share

Ketika ini, nama pelakon Farah Nabilah sering dikaitkan sama rakan selebriti, Fikry Ibrahim dek keserasian keduanya.

Berkongsi mengenai hal tersebut, Farah berkata hubungkan akrab yang terjalin tidak lebih daripada sebagai kawan sesama artis.

Apatah lagi, mereka pernah berlakon berdua.

“Ya kami berkawan, we are close. Relationship kita orang sebagai kawan jer sebagai kawan sahaja. Malah kami pernah bergandingan menerusi drama dan rasanya kita boleh berkerjasama”

“The chemistry is there, we can work together. Dia faham saya, saya faham dia,”kata Farah jujur kepada MH.

Berkongsi perihal sikap Fikry pula, pelakon berusia 27 tahun menjelaskan sikapnya yang memahami merupakan sesuatu yang boleh dipuji.

“Dia senang faham orang, dia memahami, dia tak selfish. Kadang-kadang bila saya ada idea, dia terima idea saya.

“Mungkin bagi sesetengah orang, apabila kita ada idea sendiri, mereka seperti tak boleh terima jadi susah nak berkerja dengan orang macam tu.

“Bagaimanapun, Fikry berbeza…,” kongsi Farah lagi.

Dalam perkembangan lain, Farah bersama rakan artis lain seperti Sufian Suhaimi dan Bella Astillah bakal menghiburkan tetamu pada sesi ADRF Charity Hi Tea.

Majlis amal itu akan dilangsungkan pada 28 April bertempat di PWTC, Kuala Lumpur bagi mengumpul dana khusus bagi penduduk PPRT dan mereka yang kurang berkemampuan.

Published by
Nazar Rafiqhi