Bintang Indonesia, Rizky Febian mengakui berasa amat teruja apabila diberikan kesempatan untuk berkolaborasi bersama penyanyi meningkat naik, Ziva Magnolya menerusi lagu duet terbaru yang berjudul Terlukis Indah.

Menurut Rizky, lagu tersebut sebenarnya telah diciptakan secara spontan sewaktu dia dan Siva bertemu di sebuah program buat kali pertamanya.

“Dia Seperti Diri Saya Versi Lelaki,” – Tak Ambil Masa Lama Untuk Serasi, Rizky Febian & Ziva Magnolya Kini ‘Couple’?

“Sebenarnya lagu Terlukis Indah ini tercipta kerana keakraban saya bersama Ziva. Kami juga boleh dikatakan sama-sana memiliki banyak kisah-kisah indah untuk diceritakan.

“Pada mulanya, kami bertemu di sebuah program di mana saya yang menjadi hosnya. Ketika diacara tersebut, terdapat satu segmen para artis diminta untuk menyanyikan lagu secara spontan. Saat itu, salah seorang pesertanya adalah Ziva.

“Ketika kami sedang rakcak menyanyikan lagu secara spontan, tiba-tiba kami mendapat ilham untuk hasilkan nada yang sungguh enak untuk didengar. Chorus pun kami dapat di situ.

Ads

“Lalu, saya bertanya kepada Ziva kalau dia ingin serius, saya akan terus siapkan lagu ini bersama team saya. Akhirnya, terhasil lagu Terlukis Indah. Saya berasa senang apabila dapat berkoleborasi bersama artis berbakat besar seperti Ziva,” ujar Rizky.

“Dia Seperti Diri Saya Versi Lelaki,” – Tak Ambil Masa Lama Untuk Serasi, Rizky Febian & Ziva Magnolya Kini ‘Couple’? “Dia Seperti Diri Saya Versi Lelaki,” – Tak Ambil Masa Lama Untuk Serasi, Rizky Febian & Ziva Magnolya Kini ‘Couple’?

Dalam pada itu, Ziva turut memaklumkan dia dan Rizky tidak mengambil masa yang lama untuk membina keserasian memandangkan citarasa mereka terhadap bidang muzik mempunyai banyak persamaan.

“Bila bercerita mengenai soal chemistry, saya merasakan hubungan kami itu sangat dekat. Saya bercerita mengenai apa yang saya rasa dan saya tak tahu sama ada Rizky perasan atau tidak.

Ads

“Saya merasakan cara Rizky menyanyi dan lagu-lagunya yang terdahulu amat sinonim dengan diri saya. Banyak persamaan diantara kami. Saya juga sebenarnya ingin dikenali sebagai seorang anak seni yang sama seperti Rizky.

“Rizky ini seakan-akan diri saya versi lelaki. Jadi, untuk membentuk chemistry itu tidak memerlukan waktu yang lama,” kongsinya.

Rizky dan Ziva berkongsi kisah tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pengenalan lagu Terlukis Indah yang diadakan secara virtual pada Isnin.

Ads

“Dia Seperti Diri Saya Versi Lelaki,” – Tak Ambil Masa Lama Untuk Serasi, Rizky Febian & Ziva Magnolya Kini ‘Couple’? “Dia Seperti Diri Saya Versi Lelaki,” – Tak Ambil Masa Lama Untuk Serasi, Rizky Febian & Ziva Magnolya Kini ‘Couple’?

Ketika ditanya adakah mereka ini merupakan pasangan bercinta, ini reaksi yang diberikan oleh Rizky;

“Kami sebenarnya ‘berjodoh’ di dalam karya. Kami impikan untuk menghasilkan lebih banyak karya-karya bersama lagi selepas ini.

“Di luar juga sebenarnya kami memang agak rapat. Kami mahu chemistry itu selalu ada dan matlamat kami selalu seiring,” jelasnya lagi.

Sekadar informasi, lagu Terlukis Indah kini sudah boleh mula didengari di seluruh platform digital penstriman muzik manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Rizky Febian.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI