“Dia Special Person,” – Mengaku Jalin Hubungan Istimewa Dengan Sheryl Shazwanie? Azzam Sham Tak Tolak Andai Berjodohan

Share

Selepas menjuarai program hiburan realiti, Big Stage 2020, timbul pula cakap-cakap yang menyifatkan penyanyi, Azzam Sham cukup terbuka dan tidak berselindung mengenai hubungan yang dijalin bersama rakan artis, Sheryl Shazwanie.

Tidak menafikan perkara tersebut, Azzam yang ditemui memberitahu, Sheryl sememangnya teman istimewa kerana baginya, bintang muda itu selalu ada ketika saat susah dan senang.

Menurut Azzam lagi, dia percaya peminat akan faham dan menyambut baik mengenai perkara tersebut.

“Dia selalu ada untuk saya, ibaran macam famili sendiri. Malah, setiap minggu dia datang untuk berikan sokongan, sama seperti peminat yang menyokong.

“Saya sayang semua orang. Cuma dia lebih sikit. Dia special person bagi saya.

“Peminat saya sayang saya, peminat dia sayang dia. Tiada apa yang perlu saya takutkan,” katanya kepada MH.

Azzam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Akhir Big Stage 2020 di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya pada Ahad.

Ketika ditanya mengani perancangan masa depannya bersama Sheryl, ini reaksi penyanyi berusia 23 tahun itu;

“Kalau ada jodoh saya tidak menolak. Lagipun ini perkara baik. Akan tetapi, kami belum ada sebarang perancangan. Jauh lagi rasanya.

“Dia pun sibuk untuk bina kerjaya, begitu juga dengan saya. Kalau semuanya dah kukuh, Insya-Allah harap dipermudahkan,” kongsinya tenang.

Pada malam Konsert Akhir Big Stage 2020, Azzam telah dinobatkan sebagai juara seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.

 

 

Published by
Aizam Manaf