Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan kemenangan suaminya, Aliff Aziz di Gegar Vaganza 8 (GV8), pada Ahad lalu bukanlah untuk menutup mulut netizen yang mengkritiknya sepanjang konsert.
Sebaliknya, Bella menyifatkan ia sebagai rezeki dan ganjaran buat Aliff yang berusaha memberikan yang terbaik selama 10 minggu dalam saingan.
“Bukanlah mahu kata nak tutup mulut netizen, tapi dia suami saya. Apa yang orang cakap tak baik pasal dia, sebagai isteri saya pun terasa. Tapi dia sangat positif. Dia yang tegur saya suruh berhenti… jangan layan netizen.
“Tapi saya beritahunya… saya nampak awak punya usaha. Kita tak suka bila orang cakap Aliff anak emas Astro. Saya tak suka sebab saya tahu, kita dekat sini struggle macam mana,” katanya.
Bella pada masa sama turut memberikan reaksi apabila sebelum ini ada yang memberikan menganggap lagu-lagu yang dipersembahkan Aliff adalah yang senang belaka.
“Ada orang cakap lagu Aliff senang. Pada diaorang mungkin senang, tapi tidak bagi Aliff. Dia perlu menari sambil menyanyi, low note dia pun selalu kena tegur. Jadi kita cuba perbaiki.
“Ada juga orang tak tahu, misalnya minggu bahasa kita ‘fight’ untuk lagu Tagalog, tapi tak dapat sebaliknya dapat lagu bahasa Melayu. Kita tak tahu nak jelaskan macam mana.
“Aliff marah saya, katanya berhenti daripada menjelaskan kepada mereka (netizen), kalau mereka tak suka, kita tak boleh nak paksa. Asalkan kita tahu niat kita.
“Tapi tak bermakna kemenangan ini nak tutup mulut netizen, rezeki hari ini Allah beri pada Aliff atas usaha dia. Untuk diri dia juga, alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, Aliff memperolehi markah tertinggi sebanyak 83.06 peratus, sementara Nikki dan Suki masing-masing meraih 81.26 dan 77.91 peratus.
Tempat keempat disandang Adibah Noor menerusi 67.25 peratus manakala Azan Scan menduduki tangga kelima iaitu dengan 64.04 peratus, diikuti Aweera sebanyak 63.90 peratus.
Malam kemuncak GV8 telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI