Berita

“Dia Sudah Lama Hidang Dari ‘Radar’, Buatlah Kemunculan Semula,” – Ogy Ahmad Daud Tawar Gibran Agi Berlakon Teater

Share

“Dia seorang aktor yang bijak.” Demkian kata aktres senior, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy apabila ditanya mengenai pemilihan pelakon, Gibran Agi yang turut terlibat di dalam pementasan teater terbaharu, Di Sebalik Topeng.

Nakshah ini bakal dipentaskan pada 19 dan 20 Okterber depan jam 8.30 malam, di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Menara DBP, Kluala Lumpur.

Menurut Ogy, dia nama pelakon tersebut telah dicadangkan oleh salah seorang krew produksi setelah beberapa pelakon lain tidak dapat memainkan peranan tersebut atas alasan tertentu.

“Ada beberapa aktor yang tidak perlu saya namakan untuk memegang watak ini, namun mereka tidak dapat menerima tawaran terbabit atas kekangan masa dan komitmen seni lain.

“Lalu Azhar Jalil bertanyakan kepada saya, sama ada saya mengenali pelakon bernama Gibran Agi atai tidak. Saya cakap sudah tentu saya mengenali dan pernah menonton lakonannya sebelum ini.

“Saya terus hubungi dan bagi saya dia seorang aktor yang bijak. Kerana untuk memainkan watak kaunselor itu sendiri pun tidak mudah untuk dibawa.

“Dia juga mempunyai ‘rasa’ dalam lakonan. Kalau ‘intelligent’ semata-mata tanpa ada ‘rasa’ pun tak boleh,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Teater Di Sebalik Topeng di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ogy turut bersyukur apabila pelakon tersebut sudi untuk bekerjasama untuk pementasan teater berkenaan.

“Dia terperanjat apabila saya menawarkan watak tersebut. Saya kata, saya mahukan dia sebab sudah lama hidang dari ‘radar’, buatlah kemunculan semula. Kita memerlukan aktor sepertinya dalam dunia seni kita.

“Jadi bila skrip sudah disiapkan dan berikan kepadanya, dia terus setuju. Watak itu memang mencabar. Sesuatu akan berlaku yang tidak akan dijangka di dalam penceritaan teater ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Ogy Ventures & Network Sdn Bhd mempersembahkan pementasan teater Di Sebalik Topeng yang mengangkat tema kesihatan mental dan penebusan diri.

Tambah Ogy lagi, teater ini adalah satu refleksi tentang cabaran kehidupan yang sering dihadapi oleh ramai individu dalam masyarakat hari ini.

“Bukan sekadar hiburan, ia adalah satu wadah untuk kita merenung diri dan memahami erti kekuatan dalam menghadapi ujian hidup.

“Setiap watak yang dipersembahkan dalam Di Sebalik Topeng melambangkan topeng-topeng yang kita pakai untuk menyembunyikan perasaan dan luka yang kita alami.

“Teater ini bakal membawa penonton menyelami kisah seorang wanita yang bergelut dengan masalah kesihatan mental yang mendapati dirinya terperangkap dalam konflik emosi yang mendalam.

“Melalui sesi terapi kumpulan, wanita ini tidak bersendirian, tetapi ditemani oleh beberapa individu lain yang juga cuba melepaskan diri daripada trauma dan beban hidup masing-masing,” katanya.

Diarahkan oleh Zainorhisyam Samudin, teater ini menggunakan latar belakang sesi terapi sebagai medan untuk menyingkap kisah setiap watak yang penuh dengan rahsia.

Dalam terapi tersebut, topeng-topeng yang dipakai oleh setiap individu mulai tertanggal, mendedahkan perasaan dan pengalaman yang telah lama terpendam.

Fauziah turut menekankan bahawa pementasan ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat terhadap kepentingan sokongan emosi kerana ia sering dianggap tabu.

Tetapi melalui teater ini, penonton akan diingatkan mengenai kesakitan emosi sebagai sebahagian daripada kehidupan yang perlu diatasi, bukan disembunyikan.

Selain Ogy dan Gibran Agi, pementasan teater ini juga turut menampilkan Rayden Ahmad, Luqman Muqri, Leesha MK, Nor Azila, dan Ard Omar.

Tiket untuk menyaksikan teater Di Sebalik Topeng kini dijual pada harga RM54, RM104, dan RM154, dan informasi mengenai teater ini boleh dirujuk menerusi laman web akaun media sosial berkaitan.

Published by
MH