Pengacara, Haziq Husni mendedahkan dirinya tidak kisah andai ada segelintir peminat yang membandingkan dirinya bersama pengacara terkenal, Alif Satar.
Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan akui ada peminat yang membandingkan caranya mengendalikan sesebuah program lebih-lebih lagi yang berbentuk hiburan.
“Saya tidak kisah jika ada peminat atau netizen yang ingin membandingkan cara saya mengacara dengan Alif Satar. Bagi saya, Alif dia ada cara yang tersendiri dan begitu juga dengan saya.
“Apa pun, saya tidak nafikan, Alif memang sangat berbakat untuk menjadi seorang pengacara dan pada saya dia sudah meletakan dirinya di satu tahap yang tinggi,” akui Haziq yang juga sinonim bergelar penyampai radio.
Selain itu, Haziq juga berkata dirinya juga pernah menerima komen dan kritikan daripada mengenai cara dalam mengacarakan sesebuah program.
“Sejujurnya, saya pernah menerima kritikan dan komen, tapi saya anggap setiap kritikan itu sebagai kritikan yang membina untuk saya jadi pengacara yang lebih baik di masa akan datang,” katanya kepada MH optimis.
Sementara itu, Haziq bergandingan bersama pengacara Sherry Alhadad untuk program hiburan Muzik-Muzik selama dua musim berturut-turut.
Di samping itu, Haziq juga merupakan salah seorang pengacara untuk program bual bicara Borak Kopitiam yang disiarkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 8 pagi di TV3.
Alif Satar sebelum ini kerap menerima reaksi positif ramai apabila mengendali program hiburan kebelakangan ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI