Tahniah diucapkan buat penyanyi kumpulan Floor 88, Ayie Elham, 23, yang telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan, Nur Natasha Ahmad Nawawi atau Tasha, 22, hari ini.
Majlis dilangsungkan di Masjid Ukay Perdana, Ampang, kira-kira jam 10.20 pagi tadi.
Pada majlis itu, Ayie atau nama sebenarnya, Nik Fadlee Elhamshah turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1,000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.
Memetik Harian Metro, dengan sekali lafaz, Ayie sah bergelar suami selepas dinikahkan oleh bapa Tasha, Ahmad Nawawi Mad Nasir dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga pasangan pengantin.
Sambil menzahirkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar dan dipermudahkan Ayie bagaimanapun akui awalnya dia rasa agak gemuruh.
“Alhamdulillah, saya lega kerana akad nikah selesai dengan sekali lafaz saja. Insya-Allah, saya juga sudah bersedia memikul tanggungjawab baharu sebagai ketua keluarga.
“Saya terpikat dengan Tasha dan mahu memperisterikannya kerana dia sukakan budak-budak, pandai memasak dan menguruskan hal- hal rumah.
“Jadi, saya yakin semua itu akan mempermudahkan kehidupan kami nanti,” katanya.
Majlis resepsi pasangan pengantin akan berlangsung secara sederhana pada sebelah malam hari ini.
Terdahulu, Ayie dan pasangan mengikat tali pertunangan mereka pada Januari lalu di Lanai Anggun, Eco Sky, Taman Wahyu.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terasa Gagal Dalam Menjaga Mak,”-Tangan Ibu Retak Jatuh Di Tandas, Nubhan Ahamad Rasa Serba Salah
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad berkongsi detik cemas apabila memaklumkan ibunya telah terjatuh semasa ingin pergi ke tandas.
Jelas Nubhan, sewaktu isterinya memaklumkan mengenai perkara tersebut, hatinya berasa amat risau terutamanya bila memikirkan mengenai kecederaan yang bakal dialami oleh ibunya itu.
“YANGGGGG MAK JATUH DALAM TOILETT!!! Saya terkejut dan terus berlari ke mak…masa tu mak dah mengensot ke pintu toilet x boleh bangun.
“Hanya Allah yang tau betapa risau dan takutnya saya kalau apa2 terjadi kat mak dengan usianya yang dah 76 tahun.
“Risau terhentak di pinggang atau kaki yang boleh menyebabkan mak tidak boleh berjalan…syukur hanya tangan,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu lagu Sekali Lagi itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Nubhan akhirnya mampu menarik nafas lega apa doktor mengesahkan ibunya itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun bahagian tangannya sahaja yang dilaporkan retak.
Dikesempatan itu juga, Nubhan mengakui dirinya berasa amat bersalah di atas insiden yang menimpa ibunya itu.
“Nubhan… mak jatuh tadi, lantai tu licinnn” (dalam nada sebak mak cakap kat saya.) Ya Allahhh betapa bersalahnya saya rasa…terasa gagal dalam menjaga mak.
“Tangan mak sedikit retak. Tapi Alhamdulillah tidak serius dan boleh sembuh dalam masa 1 bulan. InsyaAllah… mohon doakan mak saya cepat sembuh. Doa-doa kalian sangat magis,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selepas mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga semua baik-baik sahaja buat ibu Nubhan.
Sumber: Instagram Nubhan Ahamad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Dah Berpisah Dengan Isteri Pada 20 April 2018,” – Datuk Boy Iman
Pelakon dan usahawan, Datuk Boy Iman atau nama sebenarnya, Noruliman Abdul Rahman mendedahkan dia sudah pun berpisah dengan isterinya pada April tahun lalu.
Perkongsian tersebut yang dibuat menerusi media sosial itu antara lain memberi kesempatan buat pelakon Blok 404 itu untuk meluahkan apa yang tersirat di hatinya selama ini.
“Maka ramailah yang bertanya khabar, menyatakan simpati, meluahkan rasa kesal, menasihati saya dan sebagainya walaupun sebelum ini tidak pernah pun call atau text.
“Waima likes atau satu komen pun payah.
Kalau posting pasal business lagilah payah.
Watak2 sebenar mereka ini akan muncul apabila adanya kisah saya seperti mereka lihat di dalam cerekarama atau drama2 melayu di tv.
“Watak2 yang cuba isi borang pun ada seperti “i kesian kat u, i dah lama minat u, i rasa u akan dapat org yg lbh baik dan bla bla bla,” tulisnya.
Bagaimanapun, dirinya mengakui terpaksa untuk tidak memaklumkannya pada umum kerana perlukan masa untuk menerima hakikat.
“Saya menerimanya sebagai satu yg positif dan cuba memberi motivasi, semangat kepada saya utk menerima dugaan berat ini.
“Saya dah berpisah dengan isteri pada 20hb April 2018 cuma kami cuba selindungkan perkara ini kepada umum dan pihak mahkamah kerana perlu masa untuk menerima hakikat kepahitan sebuah perpisahan kerana realitinya ia sgt menyedihkan.
“Apatah lg yg menjadi mangsa selain hati kami adalah hati anak2 kami. Lebih2 lagi emmer, nyawa saya, jantung hati saya dan geng saya main pubg, jln2 dan minum teh tarik,” maklum Boy yang turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua.
“Apa2 pun terima kasih atas keprihatinan anda dan perhatian yang diberi. Saya mohon doa dari anda untuk kebahagiaan saya, bekas isteri, anak2 dan kebahagiaan anda jua di dunia dan akhirat.
“Inilah aturan yg terbaik dari Allah dan jodoh itu kerja Dia. Kita hamba-Nya bukan Tuhan maka redhalah apa yg Allah rencanakan utk kita,” terang Boy Iman panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman_dbi) on
Terdahulu, Boy Iman turut berkongsi suatu entri panjang lebar yang berkisar mengenai kehidupan yang secara tidak langsung mencetuskan tanda tanya ramai.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman_dbi) on
Terkini, bintang itu sekali lagi berkongsi foto terbaru dengan kapsyen yang turut berkisar mengenai apa yang berlaku serta kasihnya terhadap anak-anak.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datoboyiman_dbi) on
Dato Boy Iman mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011 ketika berusia 31 tahun.
Foto: Instagram Boy Iman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pukul 7 Ada Orang Ketuk Pintu…,” – Pokok Durian Terbakar, Maya Karin Kongsi Situasi Kebakaran
Sebentar tadi, pelakon Maya Karin ada berkongsi beberapa keping foto yang memaklumkan pokok durian yang berada di kawasan kediamannya telah dijilat api.
Kebakaran tersebut difahamkan telah disampaikan kepadanya sekitar jam 7.00 pagi.
“Pagi2 dah sarapan dengan bomba.. Kul 7 ada orang ketuk pintu “kak, kak, pokok durian bakar kak”. the whole trunk was on fire, 10 meters into the air. Macam mana I pun tak tau. Yang penting bomba datang secepat mungkin. Love you guys,” kongsi Maya.
View this post on InstagramA post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
Pada masa sama, pelakon Munafik 2 ini turut berkongsi potongan video proses memadam api yang dilakukan pihak bomba.
View this post on InstagramA post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
“Bomba killing off the last flames before half the of tree fell into the valley, thank god not crashing across my house and splitting it into 2. There goes my durian tree, goodbye old fellow…,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan Maya sekeluarga dan bersyukur kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Foto: Instagram Maya Karin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI