“Dia Tabur Garam, Potong Daging Pun Dah RM1,000,” – Aeril Zafrel Sangka Maksimum Stik Salt Bae Hanya RM8,000, Pengalaman Yang ‘Mahal’

Share

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel menjelaskan mengenai penglamannya makan stik hingga harga RM10,000 di restoran terkenal dunia, Salt Bae.

Menurut Aeril, dia menyifatkan harga yang dikenakan termasuk caj tersembunyi untuk hidangan stik mewah itu berbaloi dengan rasa dan servis yang ditawarkan.

“Sebenarnya harga dia biasa saja. Tapi sebab kita tukar currency (mata wang), kita punya nilai duit kita yang rendah… itu yang nampak mahal.

“Ada hidden charge (cas tersembunyi). Malah dia tabur garam dan potong daging itu pun dah RM1,000. Kita sudah jangka, tapi tak adalah sampai RM10,000 pun. Maksimum pun saya ingatkan dalam RM7,000 ke RM8,000 macam tu sajalah,” katanya.

Aeril pada masa sama berseloroh rasa ‘bersyukur’ apabila ditunjukkan bil makanan sehingga mencecah harga sedemikian.

“Kalau kita bercuti, sebenarnya kalau berkira-kira sangat pun baik tak payah pergi. Saya pun bukan pakai duit sendiri, kita pakat bayar bersama dengan kawan-kawan yang turut serta.

“Cuma untuk momen itu bukan senang kot sebab Salt Bae kira top in the world. Rugi juga kalau tak rasa, jumpa depan mata. Pengalaman tu tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Restoran Salt Bae satu dunia ada, Dubai dan Turki pun ada. Kalau saya pergi Turki misalnya, memang akan pergilah. Memang sedap, tak pernah makan stik sesedap itu,” katanya lagi.

Aeril ditemui pada majlis tayangan perdana filem Musyrik: Api Neraka Menantimu! Bersama Artis & Media di TGV One Utama, Petaling Jaya, pada Rabu.

Mendapat perhatian netizen menerusi percutian mewah itu, Aeril bagaimanapun Aeril enggan mendedahkan secara terperinci nilai percutiannya bersama beberapa rakan lain baru-baru ini.

“Bukan mewah dalam membeli barang tapi sebab ia dibuat pada saat akhir. Di situ banyak habis duit. Bahkan contohnya, dekat Switzerland kos tempat tinggal dan pengangkutan semuanya dekat RM40,000.

“Kami terkejut juga pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel saja sekitar RM5,000, dekat dua jam perjalanan.

“Untuk makan tengah hari saja dalam tujuh orang, paling tidak dalam RM1000. Itu pengalaman kami yang pertama dan banyak benda yang dipelajari,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH