Suami kepada pelakon dan usahawan, Mawar Rashid, Raf Yaakob memaklumkan dirinya tidak akan memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung isu melibatkan isterinya yang kini memutuskan untuk tidak lagi berhijab.
Menurut Raf atau nama sebenarnya Radin Ahmad Faizal Yaakob, dia tidak mahu lagi memanjangkan isu ini memandangkan Mawar sudah pun memberikan kenyataannya di media sosial.
“Saya minta maaf kerana tidak melayan rakan-rakan media yang cuba menghubungi saya melalui DM, Whatsapp atau panggilan telefon.
“Mawar sudah pun memberikan kenyataannya malam tadi dan saya tidak akan memberikan sebarang kenyataan lanjut agar isu ini tidak lagi dipanjangkan,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik kepada pelakon dan penyanyi, Fazley Yaakob itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia dan Mawar akan cuba berbincang mengenai hal ini secara empat mata.
Lantaran itu, Raf memohon jasa baik semua pihak untuk sentiasa mendoakan yang terbaik buat isterinya itu.
“Hal ini merupakan perkara yang sangat peribadi diantara saya dan Mawar serta antara Mawar dan Allah SWT.
“Sebagai suami, Mawar tahu apa yang saya mahukan di dalam perkahwinan. Kami akan menguruskan hal ini secara peribadi.
“Kami akan terus melangkah ke hadapan. Doakan yang baik-baik buat Mawar,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat agar Raf dan Mawar terus kuat menghadapi dugaan ini.
“Allah sedang menguj. Sedikit sebanyak mungkin ada sedih. Tapi, Allah sebaik baik tempat meluahkan dan meminta pertolongan. Kita doa je yang baik-baik dan jadi orang yang baik.
“Kami yakin dan percaya dgn Abg Raff.
Moga dipermudahkan semua ye.
“A good husband makes a good wife. Awak suami yang baik Raf. Semoga
awak dapat membimbing anak-anak dan isteri ke jalan yang diredhai Allah.
“Allah sayang Allah uji. Both of you sedang diuji. Sis doakan kalian berdua mendapat rahmat, petunjuk dan kasih syg agar hunungan dibina kerana Allah.
Semoga diberikan kekuatan dan ketahanan mengharungi ujian ini,” antara komen-komen netizen.
Tedahulu, Mawar telah mengejutkan ramai pihak setelah memuat naik foto di Instagram yang memaparkan dirinya tidak lagi berhijab.
Menurut Mawar, dia sudah pun mencuba yang terbaik tetapi diringa gagal untuk terus istiqomah.
Sekadar informasi, Mawar telah mendirikan rumah tangga dengan adik kepada selebriti, Fazley Yaakob, Raf Yaakob pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafeal, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Roseanna Camilya.
Mawar Rashid juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Raff Yaakob