Pengacara dan qari, Fakhrul UNIC ada menjawab kemusykilan seorang individu yang bertanyakan mengenai manfaat membaca Al-Quran meski tidak mengetahui akan pengertiannya.

Jelas Fakhrul, membaca Al-Quran merupakan satu ibadah dan Allah S.W.T tetap memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa sahaja yang melakukannya meski pun dia tidak faham akan maksud di sebalik bacaannya itu.

Katanya lagi, Al-Quran merupakan hadiah terindah daripada Allah S.W.T untuk umatnya memperbanyakkan amalan.

“Quran ni power dia walau tak faham pun baca je dia dah kira ibadah. Setiap huruf ada pahala 10 pulak tu. Kalau baca dan faham lagi la bagus. Allah, sangat pemurahnya Allah ni.

“Dia tau kita ni lemah, malas nak ibadah lama-lama macam umat dahulu tak mampu kita,” tulisnya.

Ads

Penjelasan tesebut dibuat oleh pengacara program Geng Ngaji itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Ads

Dalam pada itu, Fakhrul yang juga merupakan anggota kumpulan nasyid, UNIC turut menyeru agar seluruh umat Islam dapat memanfaatkan 10 malam terkahir Ramadan ini dengan memperbanyakkan ibadah.

“Allah sayang kita umat Muhammad saw dia bagi kita peluang macam-macam sebab nak bebaskan kita dari neraka. Dia bagi Quran, dia bagi Ramadan.

Ads

“Tak dak pada bulan lain, dia bagi malam alqadr, amalan sama saja tapi pahala macam 1000 bulan. Takdak pada umat lain. Exclusive umat Muhammad saw. Takkan takmau?,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga kita semua dapat bertemu dengan malam lailatul qadar.

“Dia Tahu Kita Ni Lemah, Malas Nak Ibadah Lama-Lama…,” – Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Maksud? Dengar Dulu Pencerahan Fakhrul UNIC “Dia Tahu Kita Ni Lemah, Malas Nak Ibadah Lama-Lama…,” – Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Maksud? Dengar Dulu Pencerahan Fakhrul UNIC “Dia Tahu Kita Ni Lemah, Malas Nak Ibadah Lama-Lama…,” – Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Maksud? Dengar Dulu Pencerahan Fakhrul UNIC

Terdahulu, program Geng Ngaji yang dihoskan oleh Fakhrul, Ustaz Tarmizi Abd Rahman dan Farhatul Faizurah boleh ditonton di sepanjang bulan Ramadan ini bermula jam 6 petang sehingga 7.15 malam di saluran Astro Oasis dan Oasis HD

Sumber: Instagram Fakhrul UNIC

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI