Aktres Rita Rudaini mengakui dia tidak rasa marah atas apa yang telah ditulis lelaki yang mempersoalkan taraf anak-anaknya, cuma rasa terkejut kerana individu yang berbuat demikian adalah seorang yang matang.
Malah, difahamkan lelaki berkenaan juga sudah pun berkeluarga dan mempunyai dua orang anak.
“Saya tak ada marah, cuma saya terkejut. Kalau yang komen itu budak sekolah, saya boleh fikir mungkin yang menulis itu tidak matang dan tak pernah ada pengalaman jadi seorang ibu.
“Akan tetapi apabila saya tengok Instagramnya, saya difahamkan dia seorang bapa kepada dua orang anak dan suami, saya terkejutlah.
“Saya cakap pada dia, awak pun ada isteri, dia pun seorang ibu yang sah taraf macam saya. Awak pun ada ibu, kenapa awak tergamak cakap pada saya sampai macam tu sekali? Kalau awak boleh hina saya nampaknya awak tidak menghormati isteri dan ibu awak,” jelas Rita.
Pada masa sama, bintang Mami Jarum ini juga tidak menyifatkan dirinya sempurna tetapi apa yang mahu ditekankannya ialah bercakap menggunakan akal dan menggunakan media sosial secara berhemah.
“Apa yang saya mahu ialah buat permohonan maaf secara terbuka dan itulah yang dilakukannya sebentar tadi. Saya terima… Saya tidaklah cakap saya baik macam malaikat atau apa.
“Saya sudah cakap pada dia…oh tindakan bodoh saya. Saya bagitahu balik padanya, saya tak cakap saya pandai.
“Tapi kita bercakap guna akal. Kalau ada akhlak kita mesti tahu bagaimana nak bercakap dengan orang lain,” katanya lagi.
Ditanya sama ada bintang ini bertanya apakah punca individu tersebut menulis komen sedemikian dengan mempersoalkan taraf anak-anaknya, ini kata Rita;
“Dia kata, dia tak tahu macam mana boleh cakap macam tu. Saya pula cakap disebabkan komen awak, ia dah berlarutan di media sosial. Jadi impak yang besar adalah kepada anak-anak saya.
“Sampai pergi sekolah cikgu tanya, dah dapat tangkap ke orang tu. Anak saya pun tanya kenapa Mummy, dapat tangkap siapa? Benda macam tu bagaimana saya nak jelaskan?,” katanya panjang lebar.
Terdahulu, Rita membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang didakwa mempersoal status taraf kedua-dua anak lelakinya di Instagram (IG).
Rita terpaksa mengambil tindakan kerana komen berkenaan bersifat keterlaluan serta menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita yang pernah mendirikan rumah tangga dan memberi tempoh selama 14 hari untuk individu itu tampil bertemu serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
Lalu dua lelaki, Ahmad Najib Mat Arif dan Hafiiz Ahmad Mustaffa hadir ke perkarangan Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 8.30 malam semalam untuk bersemuka seterusnya membuat permohonan maaf.
Meski permohonan maaf sudah diterima, pihak Rita masih mempertimbangkan sama ada ingin meneruskan saman malu atau sebaliknya.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
#MHLive Akhirnya individu yang memberi komen mempersoal taraf anak-anak pelakon, Rita Rudaini tampil membuat permohonan maaf
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, October 30, 2019
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI