“Saya tak pasti dengan keadaannya sebab saya pun sudah lama tak jumpa dia.” Demikian kata pelakon, Shahidan Izwan mengenai rakan baiknya, Aliff Aziz yang terpalit dengan kontroversi dakwaan khalwat bersama aktres, Ruhainies baru-baru ini.
Menurut Shahidan, meski tidak bertemu namun dia dan Aliff masih saling bertanya khabar.
“Setakat ini kami adalah berhubung menerusi telefon. Apa pun bagi saya kita doakan sahajalah yang baik-baik.
“Moga perkara ini dapat diselesaikan secara lancar. Sampai sekarang pun kami masih lagi berhubung” katanya.
Ditanya sama ada Aliff pernah meluah mengenai isu hangat berkenaan kepadanya, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah akui Aliff belum berbuat demikian.
“Setakat ini dia tidak ada berkongsi apa-apa, cuma dia minta doa, agar dia kuat. Saya pun risau. Tapi buat masa sekarang ini alhamdulillah dia semakin baik.
“Saya sedia maklum akan hal yang berlaku, agak terkejut jugalah. Tapi saya pun tiada di tempat kejadian. Jadi tak berani nak bercakap apa-apa. Takut nanti ia boleh jatuh fitnah.
“Apa yang boleh kita buat ialah mendoakan yang baik-baik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar bersama Izzue Islam di Kueh Cafe, Shah Alam, pada Isnin.
Mengulas mengenai keperibadian Aliff sepanjang mengenali, Shahidan menyifatkan bapa kepada dua cahaya mata itu sebagai rakan yang baik.
“Alhamdulillah dengan saya, dia seorang yang baik, selalu menegur kalau saya buat silap. Malah dia pun tak lekang daripada dakwah juga sebenarnya.
“Dia pun tak terlalu bergaul dengan ramai orang. Misalnya kalau nak keluar beli keperluan penggambaran atau nak ‘man talk’ pun dengan saya. Itu sajalah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mana Ketua Kampung, Jiran Tak Tanya Ke Masalah Saudara Di Sekeliling,” – Jenazah Bayi Terbiar Kerana Kesempitan Hidup, Atu Zero Luah Rasa
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan akibat kesempitan hidup.
Kisah yang berlaku di Semporna, Sabah itu nyata menimbulkan tanda tanya di hati ramai pihak yang mempersoal mengapa permasalahan seperti ini boleh terjadi.
Antara yang turut terkesan sebaik sahaja mendengar perkhabaran tersebut termasuklah pelakon, Atu Zero.
Jelas Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, dia berasa terpanggil untuk memohon maaf kerana membiarkan insiden menyayat hati seperti ini berlaku di negeri kelahirannya.
Dalam pada itu, Atu turut dilihat mempersoal keberadaan ketua kampung dan jiran-jiran terdekat sewaktu kejadian tersebut berlaku.
“Salam semua. Alhamdulilah. Maafkan saya dik. Mana ketua kampung disitu jiran-jiran diorang tidak tanya ka masalah saudara-saudara di sekeliling.
“Nasib baik ada sukarelawan situ yang lalu. Terima kasih banyak-banyak sama sukarelawan tu,” tulisnya.
Rasa sedih itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Atu turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak sukarelawan yang membantu menyempurnakan jenazah bayi tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga bayi tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Allahuakbar, SubhanAllah. Kesiannya baby tu. Aku tersentak baca ni. Lindungilah anak-anak kami semua Ya Allah.
“Nun di syurga tempatmu. Tiada lapar tiada sakit hanya kegembiraan sayang. Allahu.
“Allahuakbar berat dugaan si ibu.
“Semoga nasib keluarga ini terbela,” antara komen-komen yang diberikan netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Atu Zero
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukaan Masih Kurang Dari 1.5cm,” – Induce Kali Ketiga, Tiada Progress, Tasha Manshahar Kongsi Saat Cemas Bersalin
Detik kelahiran, antara hidup dan mati seorang ibu berjuang demi zuriat. Tasha Manshahar berkongsi detik cemas berjuang menanti saat-saat kelahiran puteranya.
Kata penyanyi Oh No ini, walaupun selepas tiga hari dimasukkan ke wad untuk proses bersalin, namun tiada sebarang perkembangan yang membolehkannya bersalin secara normal.
Malah, proses induce juga telah dilakukan sebanyak tiga kali, namun bukaan rahim masih kurang daripada 1.5cm.
“Sambungan post semalam.
“Friday (21/6)
Hari ketiga warded. Subuh tu bidan datang check bukaan lagi, tapi tak sampai 1.5cm pun. Saya dah mula resah, sebab dah dua hari warded. Mummy, ayah, suami dah berkampung sama-sama dekat hospital. Ubat itu ubat ini dah masuk. Penat. Hampir give up. Give up menunggu sebenarnya.
“Saya tinggal induce terakhir untuk menentukan cara apa saya bersalin. Tp apa salahnya cuba sampai induce ketiga kan. Mana tahu kalini menjadi. Atleast kalau tak berjaya pun, Ive done my part the very best. Saya puas hati sebab dah cuba sampai habis.
“So masuklah induce ketiga pagi tu jugak. Saya doa byk2 Allah bg keadaan bersalin yang terbaik dan selamat untuk saya dan baby. Itu je, tak kisah la apa cara pun. Tapi saya teruskan ikhtiar exercise utk stimulate bukaan. Unfortunately, contraction masih tak regular. Saya masih boleh gelak-gelak, boleh jalan-jalan dalam hospital, makan masih selera, masih boleh lelap.
“Doktor dtg check bukaan pukul 2.15. “Kita czer ya?”, kata doktor. Sebab bukaan masih kurang daripada 1.5cm. Takde progress. Saya dah bersedia untuk terima kenyataan time tu, dalam masa yang sama excited nak jumpa baby.
“Harini ke doktor? Pukul berapa?”
“Ya harini. 2.45 boleh?”
Setengah jam je lagi! Tiba-tiba nervous.
“Saya tunggu suami saya balik solat Jumaat dulu boleh ke, doktor?”
“Okay, pukul 3 lah ya, sebab doktor pun nak solat dulu ni. See you later. Takpe dont worry inshaAllah yang penting you both selamat.” Sambil doktor usap-usap kaki saya. Pujuk mungkin.
“Kurang 10minit, @raqibmajid sampai.
“Pukul 3 tau.”
“Ha, okay… Jap. Apa yang pukul 3?”
“Czer. Takde progress bukaan.”
“Oh. Jap. Okay..okay..saya solat sunat jap..” Raqib nampak cuak tapi cuba bertenang. Sebab kami mmg dah bincang sebarang kemungkinan yg akan berlaku,” kongsinya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Dia turut berkongsi kisah dinasihatkan oleh doktor untuk bersalin awal kerana bayi di dalam kandungan dijangka sebesar 3.7 kilogram.
“Masa check up 38w 6d (Selasa, 18/6), doktor suspect I was pregnant to a big baby (estimated 3.7kg) dimana kalau tunggu lebih lama, baby boleh jadi lebih besar dan potential untuk bersalin secara normal dengan selamat akan berkurang dan ada beberapa risiko lain.
“Jadi doktor cadangkan saya untuk induce pada keesokkan harinya, bila kandungan genap 39w (Wednesday, 19/6). Induce means doktor masukkan ubat untuk stimulate contraction seterusnya buka jalan untuk kita bersalin secara normal (kalau Allah izin)
“Wednesday (19/6)
Warded. Induce pertama dimasukkan pada pagi yang sama. Bukaan sebelum induce tak sampai 1cm. Jadi bila ubat induce tu dah masuk, saya agak yakin akan ada bukaan ptg nanti waktu doktor nak check. Nurses keluar masuk every few hours untuk check tekanan darah, jantung baby, contractions. Hari pertama, masih tiada progress bukaan. Contraction ada tapi tak regular. Kdg sakit kdg tak, kdg tak rasa pun tengah contraction. Siang 5min sekali. Tu pun cuma mild – moderate contractions. Malam drop jadi 10min sekali. Sepatutnya contraction kena semakin sakit dan semakin kerap.
“Thursday (20/6)
Induce kedua dimasukkan lepas Subuh. Utk lebih stimulate bukaan, as suggested kaklong @kai_armd , saya exercise dalam bilik, buat squat, jalan itik, turun naik tangga. Suami tolong. @heyitsyunyun pun tolong. Saya buat apa je yang termampu dgn harapan ada bukaan bila doktor dtg check nanti. Doktor dtg check tgh hari tu, 1cm je. Doktor kata kedudukan kepala baby mmg dah dekat bawah tapi mcm senget sikit, tak betul-betul dekat opening. Jadi sebab tu contraction tu tak cukup untuk menipiskan pangkal rahim dan adakan bukaan. Tapi doktor kata tak apa, kita tunggu dulu sebab jantung baby pun okay. Petang tu baru la saya rasa contraction paling kuat sepanjang saya pregnant.
“Mmg sakit tp tahap masih boleh tahan walaupun berpeluh lah jugak 😂Contraction 5min sekali. Masa ni ada adegan sedih kami suami isteri dalam wad. Nti saya cerita. Lewat ptg bidan check bukaan, masih juga 1cm. Doktor kata, kalau selepas induce ketiga esok, takde progress atleast 2 atau 3cm, czer adalah jalan paling selamat. Berdebar tunggu bidan dtg Subuh esoknya untuk check bukaan.”
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Pengalaman yang cukup mendebarkan. Syukur, Tasha dan suami kini kian harmoni dengan kehadiran permata hati.
Foto : Instagram Tasha Manshahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Boleh Kucup Untuk Pemergian Terakhir,” – Tonton Video Jenazah Covid-19 Diuruskan, Fizo Omar Kongsi Keluarga Hanya Boleh Solat Jenazah Ghaib
Menerusi posting terkini di Instagram milik pelakon dan usahawan, Fizo Omar meluahkan rasa sedih dan sebak apabila menonton rakaman video jenazah mangsa Covid-19 diuruskan pihak hospital.
Malah dirinya turut rasa terkesan setelah menontonya.
“Semoga roh mangsa covid19 dicucuri rahmat, ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan ditempatkan darjat paling mulia di sisi Allah swt. Semoga mendapat husnul khotimah.
“Terkesan saya apabila tengok video ni. Sebak di dada dan mengalir air mata. Bayangkan, tiada keluarga yang boleh mandikan jenazah, langsung tak boleh ziarah, tak boleh tengok dan tak boleh kucup untuk pemergian terakhir,” ulas Fizo.
Dalam pada itu, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menyarankan netizen untuk henti bersikap mementingkan diri sendiri demi keselamatan orang lain.
“Ahli keluarga hanya boleh solat jenazah ghaib. Dan kita masih ambil ringan tentang masalah wabak ini? Renungkan.
“Hentikan sikap penting diri, sama sama kita menjaga keharmonian demi kembalikan kesejahteraan negara kita.
“Sama sama kita berdoa supaya Allah mengangkat bala wabak ini dan berakhir dengan cepat.
“Terima kasih kepada frontliner! Anda hero kami. Semoga sentiasa dilindungiNya dan mendapat ganjaran yang setimpal. Salute.
“Kematian yang paling sepi…Salam takziah kepada ahli keluarga mangsa covid19..
#kitajagakita #staysafe #stayathome,” tulisnya lagi.
https://instagram.com/tv/B-gV0MTgR1N/
Lantas, perkongsian bapa tunggal kepada seorang cahaya mata itu mendapat pujian daripada peminat.
Diharapkan semoga perkongsian Fizo dapat dijadikan panduan hidup kepada semua.
Foto : Instagram Fizo Omar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI