Penyampai radio, Dj Lin akui bimbang selepas melihat keadaan ibunya yang ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, selepas mendapatkan rawatan, ibunya itu dikatakan telah tidur dan tidak sedarkan diri dalam jangka masa yang agak lama.
“Dj Lin di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru jaga Mak kat Wad 10a. Harini Mak tido dari pukul 1 tengahari sampai sekarang dah kat pukul 8.30 malam,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Suria FM itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Pada masa sama, Dj Lin turut memberitahu, keadaan kaki kiri ibunya juga turut dikatakan mengalami lebam teruk dan berdarah.
Lantaran itu, dia berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga ibunya itu dapat menunjukkan tanda-tanda positif dan kembali sihat seperti sedia kala.
“Dia tak bangun-bangun. Napa agaknya ek? Kaki kiri kanan lebam teruk bila lap dengan tisu basah meresap darah keluar.
“Doakan Mak Lin diberi keajaiban dan kesembuhan hendaknya,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih sain turut memberikan kata-kata semangat buat Dj Lin sekeluarga.
“Ya Allah berikanlah kesembuhan dan kesihatan yang baik buat mak Kak Lin. Semoga dipermudahkan segala urusan.
“Tabah ya sayang dan akak doakan semoga Allah pulih kesihatan ibu.
“Allahu, semoga mak putih dalam lindungan Allah.
“Banyakkan bersabar Dj Lin. Semoga ibu kembali pulih segara.
“Semoga Allah berikan awak sekeluarga kekuatan diatas ujian ini,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, video yang memaparkan keadaan terkini ibunya itu turut dikongsikan menerusi posting yang sama.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 30,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Dj Lin