Pelakon, Nabila Huda mendedahkan dia dan suami, Mohd Izwan Johar hanya melalui fasa bercinta selepas mendirikan rumah tangga.
Menurut Nabila, pada awalnya, suaminya itu tidak berminat untuk berkenalan dengan dirinya disebabkan statusnya sebagai seorang selebriti.
View this post on Instagram
“Semasa perkenalan saya dengan suami, dia bukannya suka dekat saya pun. Jujur dia cakap dengan saya yang dia tak minat sangat dengan saya lebih-lebih lagi saya pula seorang selebriti. Dia tak minat nak berkenalan dengan artis.
“Namun, saya yang mula mendekati dia. Saya berkawan dan berkenalan dahulu kemudian, saya bawa dia berjumpa dengan anak saya,” katanya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Rahsia itu menerusi satu temubual bersama program radio, Kool 101 pada pagi Khamis.
Katanya lagi, hatinya makin tertarik selepas melihat layanannya suaminya itu terhadap anak perempuannya, Keisha.
“Bila kita bergelar ibu tunggal, perkara yang paling penting adalah sama ada lelaki pilihan kita itu boleh terima anak kita atau tidak. Kalau tak boleh terima, dia boleh pergi dari hidup saya.
“Jadi, saya lihat dahulu bagaimana reaksi mereka. Bila dia datang berjumpa Keisha yang susah nak rapat dengan orang, saya nampak Keisha jatuh cinta terus.
“Melihat caara dia pegang Keisha, saya tahu dia seorang pencinta kanak-kanak yang senang rapat dengan budak-budak. Saya jadi jatuh cinta dengan dia terus pada ketika itu,” ujarnya lagi.
Hal tersebut membuatkan dirinya nekad untuk menjadikan Izwan sebagai suami meskipun terpaksa menunggu selama dua tahun.
“Saya cakap dalam diri yang lelaki ini mesti kena jadi suami aku. Saya tak kira dia nak atau tidak, saya akan cuba sampai dapat. Saya akan cari mak bapak dia dan cari tahu kampung dia di mana.
“Selepas itu, saya bertanya kepada dia, bila dia nak kahwin dan dia jawab lagi dua tahun. Jadi, saya bagitahu yang saya akan tunggu dia. Dia tanya saya ni gila ke? Ye betul saya gila.
“Kemudian, saya tunggulah dia. Selepas dua tahun, dia terus bagi saya tarikh dan tempat nikah. Lalu, kami berkahwin. Semasa berkahwin barulah kami bercinta,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Nabila dan Izwan telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 25 Disember 2015.
Nabila pernah hamil sebanyak dua kali, namun, mengalami keguguran pada April 2019 dan Oktober 2020.
Sekadar info, Nabila dikurniakan anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun hasil perkahwinan pertama dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Kool 101 & Nabila Huda
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI