Meskipun ada yang meramalkannya sebagai calon juara, ternyata finalis Kilauan Emas 2024, Ina mempunyai cabaran yang tersendiri sepanjang menyertai program realiti ini.
Menurut Ina atau nama sebenarnya Nur Fadhlina Ismail, dia sebenarnya terpaksa menelan hakikat bahawa penyertaannya di Kilauan Emas 2024 ini tidak mendapat sokongan daripada ibunya sendiri.
“Ibu saya memang tak nak anak-anaknya berada di dalam arena hiburan. Mana-mana ibu bapa pun, mereka mahukan yang terbaik buat anak-anak.
“Apa yang ibu saya rasakan terbaik buat dirinya adalah terbaik juga buat anak-anak.
Mungkin ibu saya merasakan dunia hiburan ini adalah perkara yang lagha (melalaikan).
“Jadi, dia pun tak nak anaknya ini lalai tapi saya merasakan diri saya ini baik-baik sahaja,” katanya kepada MH.
Ina berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai konsert separuh akhir Kilauan Emas 2024 yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ina turut memaklumkan dia mahu menggunakan kesempatan ini untuk membuktikan kepada ibunya bahawa dunia seni ini juga mampu memberikan impak positif dalam kehidupan seseorang.
“Jadi, saya nak buktikan kepada ibu saya bahawa sesuatu perkara itu, kita sendiri yang mencorakkannya. Sama ada baik atau buruk, kita yang menentukannya.
“Kita jadikan pisau sebagai contoh. Kita tahu pisau itu tajam. Ada diantara kita yang gunakan pisau untuk memotong buah dan ada juga yang menyalahgunakan untuk membunuh,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ina turut memaklumkan dirinya tidak menonton video yang disediakan oleh pihak produksi berkaitan ibunya sebelum persembahan.
“Saya tak tengok video tersebut kerana ketika itu, saya sedang nervous dan bersiap sedia nak keluar buat persembahan. Saya juga menutup ear monitor ketika video ditayangkan.
“Sebelum ini, saya hampir terpedaya dengan video yang dipaparkan sebelum persembahan. Saya hampir buat silap kerana terpengaruh dengan perasaan.
“Bila kita melihat sesuatu yang sedih, kita akan terbawa-bawa perasaan. Jadi, saya belajar daripada situasi itu,” kongsinya lagi.
Ditanya adakah dia akan berinteraksi dan menghubungi ibunya menjelang konsert akhir yang bakal berlangsung Ahad ini, ini reaksi Ina;
“Saya tak tahu lagi. Perasaan saya masih agak takut,” tuturnya.
Pada konsert separuh akhir lalu, Ina telah memperoleh markah tertinggi seterusnya dinobatkan selaku pemenang Emas Berkilau Of The Week buat kali yang kedua.
Terdahulu, Ini bakal bersaing dengan lima finalis lain di konsert akhir bagi merebut hadiah utama berjumlah RM30,000.
Konsert akhir Kilauan Emas 2024 bakal
bersiaran secara langsung pada Ahad ini di saluran Astro Prima (105) dan boleh distrim menerusi apliaksi Astro Go dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI