Satu-satunya finalis berbangsa Cina di program realiti, Hero Dewi Remaja 2023, Jaysong mahu mencuba nasib untuk menembusi pasaran industri seni Melayu.
Menjadikan pelakon Alvin Chong dan Sean Lee sebagai idola, Jaysong atau nama sebenarnya Tan Jia Song sanggup berdepan apa sahaja cabaran untuk mencapai impiannya itu.
“Saya mengetahui tentang program ini daripada seorang kawan. Dia kata personaliti saya sangat menarik. Katanya saya ada sisi kelakar, serius dan sedih.
“Dia kata sesuai untuk rancangan ini dan tak salah untuk mencuba. Ia merupakan satu pengalaman baharu untuk saya cuba masuk di dalam pasaran Melayu.
“Industri seni Melayu sangat luas dan saya nak lihat kemampuan saya sejauh mana,” katanya kepada MH.
Anak muda berusia 22 tahun yang berasal daripada Subang Jaya, Selangor itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Hero Dewi Remaja 2023 baru-baru ini.
Ads
Katanya lagi, dia mahu memanfaatkan pengalamannya sebagai pempengaruh dan pembikin konten untuk melangkah jauh di dalam program ini.
“Walapun saya ada ramai pengikut di media sosial, ada banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari. Saya aktif menghasilkan video dan konten di Youtube sudah hampir sembilan tahun.
“Semuanya saya buat sendiri daripada mengarah, menulis skrip, jurukamera, berlakon dan editor. Saya nak kembangkan lagi bakat lakonan saya di sini.
“Dalam program ini, saya mahu timba sebanyak mana ilmu daripada golongan profesional,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, dia juga mahu membanggakan kedua ibubapanya yang agak ragu-ragu dengan keputusannya untuk menyertai program realiti ini.
“Pada mulanya, saya masuk pertandingan ini tanpa pengetahuan bapa saya. Hanya mak yang tahu. Lagipun, bapa saya kurang ambil tahu tentang apa yang saya buat kerana sosial media ini merupakan satu perkara baharu buat generasi mereka.
“Walaupun dia ada menonton video-video saya, dia juga agak risau. Dia bertanya adakah perkara yang saya lakukan ini mampu menjana rezeki. Ibu juga risau tapi dia menyokong.
“Baru-baru ini, saya sudah bagitahu bapa mengenai penyertaan saya di Hero Dewi Remaja ini. Dia nampak bangga sebab ia merupakan program terbitan Astro. Sebuah syarikat besar.
Ads
“Masa saya bagitahu, reaksinya seperti tiada perasaan tapi saya tahu hatinya sangat gembira,” akhirinya.
Terdahulu, Jaysong memiliki 144,000 pengikut di Instagram manakala di Youtube pula seramai RM245,000.
Rakaman program ini akan bersiaran selama tujuh episod setiap Jumaat bermula 10 November ini jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.
Manakala episod kemuncak minggu ke-8 pula bakal bersiaran secara langsung pada 30 Disember depan.
Sementara itu, pelakon terkenal yang juga merupakan juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Al-Yahya diberikan tanggungjawab selaku hos merangkap mentor dan juri tetap Hero Dewi Remaja 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan pelawak, Shahrol Shiro bakal dinamakan sebagai salah seorang calon di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Kami di MH turut berkesempatan menemubual pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki bagi mendapatkan reaksinya berhubung perkhabaran tersebut.
Menurut Afdlin, dia tidak kisah sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin menggalas jawatan di dalam pendtadbiran negara, namun, niat mereka hendaklah sentiasa di landasan yang betul sejak daripada awal.
Malah, dia juga turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Shahrol.
“Pada saya, sesiapa sahaja yang jujur ingin membantu rakyat, itu satu tindakan yang bagus. Jika benar niatnya jujur untuk membantu, saya akan sentiasa sokong. Walaupun daripada fahaman politik yang berbeza, janji niat harus betul.
“Jangan masuk bidang politik ini semata-mata kerana kuasa atau agenda sendiri. Kena tanam niat daripada awal yang kita memang suka bantu dan selesaikan masalah orang.
“Saya ucapkan all the best buat Shahrol Shiro. Perkara sama juga saya katakan kepada kawan-kawan saya seperti Datuk Dira Abu Zahar. Dia juga dah berjaya di arena politik ni,” katanya.
Pelakon filem, Papadom ini berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tayangan perdana filem, The Assistant yang berlangsung di The Starling Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Pada masa sama, Afdlin turut menyifatkan penglibatan anak-anak seni di dalam kancah politik ini bakal memberi impak positif buat industri tersebut
“Bila lebih banyak anak-anak seni berjaya di arena politik, itu menunjukkan kita ini bukannya bodoh seperti yang ramai sangkakan. Kita ini semua pergi sekolah.
“Kita faham situasi-situasi yang melanda negara cuma kerjaya kami dalam cabang seni. Tak semestinya orang-orang seni ini tidak berfikir. Kejayaaan mereka-mereka ini telah membuktikan sesuatu.
“Harapan saya agar mereka juga dapat menjadi platform suara untuk anak-anak seni di arena politik ini. Hanya mereka sahaja yang faham kerjaya di bidang seni ini.
Ketika ditanya adakah dia juga bakal mengikut jejak langkah yang sama, ini reaksi yang diberikan oleh Afdlin;
“Saya masih lagi aktif menjalankan kerja-kerja saya bersama parti politik
Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tugas saya adalah membantu dan menyokong sesiapa sahaja yang dipertanggungjawabkan.
“Segala keputusan mengenai tanggungjawab saya terpulang kepada orang atasan. Buat masa ini saya selesa bergerak sebagai ahli aktif,” akhirinya.
Terdahulu, pada April 2021, Afdlin mengumumkan dirinya secara rasmi memilih untuk menyertai PKR sebagai wadah perjuangan politiknya.
Selain Afdlin, antara selebriti yang turut diperkenalkan termasuklah penyanyi rap, Altimet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semalam pelakon, Abby Abadi ada memuat naik sebuah entri berkenaan penganjuran konsert kumpulan K-pop popular, Blackpink.
Entri tersebut dilihat menerima komen pelbagai di kalangan peminat K-pop di Malaysia.
“Jap jap sebelum tidur tu nak tanya takda siapa buat demo ke Blackpink ni pakai skirt pendek nau buat konsert kat Malaysia ni? Haritu Selena Gomez bukan main huru hara lagi sampai buat solat hajat kat depan stadium. Yang ni?
“Apa yang bestnya Blackpink ni ye. Sorry saya tertinggal bas. Tertengok haritu baru tahu pasal Blackpink,” tulisnya.
Ada di antara komen yang ditinggalkan pengguna media sosial turut dibalas Abby. Malah, ada juga yang mengaitkan saat bintang itu menyertai Elite.
“Antara yang terbodoh dikalangan terbodoh komen awak nilah. Sorry ye kalau terlepas sebab kesian. Minta sedar diri supaya tidak menyusahkan ahli keluarga lain. Sorry,” tulisnya.
Di ruangan komen, ada netizen yang memberikan komen melampau dan ada juga yang meminta pelakon itu supaya berdiam diri dari memberi sebarang reaksi.
Konsert sulung Blackpink di Malaysia ini merupakan salah satu siri jelajah dunia BLACKPINK 2019 WORLD TOUR (In Your Area) dan berlansung selama dua hari 23 dan 24 Februari 2019.
Sumber: Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
MH agak tertarik dengan persoalan Fathia baru-baru ini di Twitter, mengenai adakah orang merinduinya di TV. Kami akui, kita semua rindu melihat Fathia beraksi dengan skill lakonan mantap yang sering dibawa oleh pelakon berwajah Pan-Asia ini.
Fathia memberitahu dia kini sedang menunggu apa-apa tawaran certia yang sedap, skrip yang baik dan karakter yang terbaik.
Namun entah mengapa tiba-tiba Fathia Latiff telah memuat naik lagi satu kenyataan dengan menyentuh tentang disiplin seseorang. Fathia nampak seperti agak kecewa dengan sikap sesetengah individu di dalam sesebuah produksi.
Katanya sekiranya tidak dipersalahkan kerana datang lambat, sesebuah produksi itu akan mencari kesalahan lain.
Malah, Fathia sempat mempertikaikan kualiti kerja sesebuah produksi dan berkata mereka hanya melakukan kerja cincai dan menunding jari pada orang lain. Fathia turut kecewa apabila produksi tersebut dikatakan langsung tidak menghargai dan buat-buat tidak nampak sumbangan, bakat, percapaian seseorang pelakan dan kebaikan.
Dalam pada itu, Fathia turut meluahkan kekesalannya kerana produksi yang lebih dikenali langsung tidak kecoh seperti produksi yang biasa-biasa ini.
Di akhir tweet Fathia sempat memberitahu mungkin orang lain boleh mencari fasal dengan selebriti yang lain, tetapi bukan dirinya.
Hmmmm, MH rasa mungkin Fathia mungkin terlalu kecewa dengan sikap mentaliti sesetengah produksi yang langsung tidak boleh bertolak ansur dengan selebriti.
MH akui, menjadi seorang selebriti bukanlah mudah, bukan sahaja perlu menghadap tomahan atau kata negatif peminat, kadang kala dengan orang industri sendiri juga sesetengah selebriti harus bersabar untuk berhadapan.
Apapun MH harap Fathia terus bersabar dan jangan mudah mengalah untuk terus berada di dalam industri. MH percaya masih ada peluang untuk Fathia terus bertapak di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan isi rumah di Malaysia dengan mengumumkan kemasukan rasmi Prime Video ke dalam ekosistem hiburannya.Pelanggan kini boleh menikmati...