Penyanyi baharu Andyoso mengakui sebelum ini dirinya pernah menerima mesej daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang sebanyak RM10,000 semata-mata untuk mengajaknya untuk keluar mengisi masa bersama.

Andyoso atau nama sebenarnya Andika Zulkefli berkata, tawaran tersebut diterima menerusi pesanan mesej terus atau ‘direct message’ di Instagram miliknya.

“Sebelum ini saya memang rahsiakan tempat tinggal. Namun saya tercakap yang saya menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian saya ada terima mesej peribadi daripada seorang individu yang mendakwa dia tahu mengenai perkara itu.

“Dia ada ajak untuk berjumpa, namun saya tak berikan apa-apa respon selain terus sekatnya di media sosial. Rasanya dia seorang lelaki bila melihat foto profilnya, tapi tak pasti ia akaun palsu atau tidak.

“Dia cakap awak tinggal di Seremban kan? Boleh tak kalau awak keluar dengan saya pada waktu-waktu tertentu. Dia tawarkan saya RM10,000 untuk sekali lepak. Saya ‘screen shot’ mengenai tawaran itu dan serahkannya pada pihak pengurusan.

“Ada terima mesej daripada perempuan juga, tapi itu antara yang paling saya terkesan,” kata Andyoso.

IKLAN

Bintang remaja berusia 20 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu baharunya berjudul ‘Pendamping Hidupku’ di Zecon Hotel, Cheras, pada Selasa.

Andyoso yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku sebagai asam garam bergelar selebriti.

“Dia Tawar RM10,000 Untuk Sekali Lepak, Saya ‘Screen Shot’ Dan Serahkannya Pada Pihak Pengurusan,” – Ada Lelaki Mesej Andyoso! “Dia Tawar RM10,000 Untuk Sekali Lepak, Saya ‘Screen Shot’ Dan Serahkannya Pada Pihak Pengurusan,” – Ada Lelaki Mesej Andyoso! “Dia Tawar RM10,000 Untuk Sekali Lepak, Saya ‘Screen Shot’ Dan Serahkannya Pada Pihak Pengurusan,” – Ada Lelaki Mesej Andyoso! “Dia Tawar RM10,000 Untuk Sekali Lepak, Saya ‘Screen Shot’ Dan Serahkannya Pada Pihak Pengurusan,” – Ada Lelaki Mesej Andyoso!

Sementara itu, berkongsi mengenai singlenya pula, Andyoso optimis untuk mempromosikan lagu tersebut agar dapat diterima pencinta muzik genre balada.

IKLAN

Pendamping Hidupku adalah hasil ciptaannya sendiri bersama komposer dan penulis lirik dari Indonesia iaitu Shoga Tan dan Ujang K.

“Proses rakaman lagu ini dibuat di Indonesia selama empat hari dan ia mengisahkan mengenai seorang lelaki yang merayu kepada Tuhan untuk memiliki wanita yang dicintainya.

“Jika sebelum ini saya mempertaruhkan single bergenre pop menerusi lagu Setiaku 100 Peratus, tapi kali ini agak berbeza dan saya teruja untuk membawakannya.

IKLAN

“Meski genre balada masih agak baharu untuk saya, jadi saya ada mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas vokal untuk memastikan lagu ini dapat disampaikan dengan sebaik mungkin.

“Syukur dan gembira atas penerimaan baik setakat ini apabila ia sudah pun ditonton lebih 140,000 tontonan di YouTube sejak sebulan dilancarkan,” katanya.

Malah jelas Andyoso, dia juga yang tidak menafikan sebagai penyanyi baru, dia masih mempunyai kelemahan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. 

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI