Pengacara yang sinomim menerusi program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), Nazrudin Habibur Rahman memaklumkan bapanya, Haji Habibur Rahman menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.45 malam, Rabu lalu.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun.

Memetik MHE TV, hos berkenaan mengakui masih lagi terkejut dengan pemergiaan bapanya yang difahamkan turut mempunyai penyakit kanser.

Bagaimanapun Naz menjelaskan, bapanya sempat menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur bulan lalu dan doktor turut mengesahkan keadaannya kian beransur pulih.

Namun Naz sekeluarga dikejutkan berita arwah bapa yang tiba-tiba sesak nafas sebelum dikejarkan ke hospital.

Ads

“Arwah ayah dikejarkan ke Hospital Gleneagles jam 9.00 malam semalam selepas mengadu sesak nafas. 45 minit kemudian doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” kata Naz seperti yang dipetik.

Sementara itu, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang selepas solat Zohor pada Khamis.

Menurut Naz, arwah ayahnya baru sahaja didiagnosis menghidap kanser sejak dua bulan lalu.

Ads

“Ayah sebelum ini menjalani rawatan dialisis selama tiga tahun. Pembedahan bulan lepas adalah pertama kali dilakukan sebaik disahkan menghidap kanser buah pinggang.

“Walaupun ada kanser, ayah terima dengan reda dan kental melawan penyakitnya. Ayah pergi dengan sangat mudah.

Ads

“Akhir nafasnya, dia terbujur kaku, sejuk dan akhirnya menutup mata dengan tenang,” ujar Naz.

Pada masa sama, dia turut memohon doa ramai, dapat sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham.

Salam takziah buat Naz seisi keluarga.

Foto: Instagram Nazrudin Rahman/Sumber: MHE TV

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI