
Isteri kepada penyanyi dan pelakon Izzue Islam, Awin turut mengalami bengkak dan lembam pada bahagian kaki kanannya selepas terjun tangga gara-gara melarikan diri daripada seekor biawak, baru-baru ini.
Jelasnya lagi, isterinya turut dinasihatkan agar melakukan x-ray sekiranya bengkak yang dialami masih tiada menunjukkan tanda-tanda pulih selepas dua hari.
“Awin cedera masa lari dari biawak tu. Dia terjun tangga dari atas ke bawah. Terus kaki lebam dan bengkak. Dah pergi klinik.
“Doktor cakap kalau lagi dua hari bengkak tak surut dan still sakit. Disarankan untuk pergi x-ray pulak.
“Takut kaki tulang dia ada yang retak or patah. Doakam Awin ya guys. Dia tengah sakit tapi kuat,” terangnya menerusi satu video pendek di Instagram.
Sementara versi panjangnya pula boleh ditonton menerusi saluran YouTube mereka.
“Doakan kaki @awinnurin cepat baik guys! Harini bengkak lagi. Video penuh ade kat youtube izzue islam 🥺 #biawakpunyapasal #sapetaksayangbinidiagila,” jelas Izzue pada ruangan kapsyen.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Timbul Juga Perasaan Macam Sudah Tak Relevan…,”- Rossa Pernah Nak Berhenti Menyanyi, Mahu Jual Aset & Hijrah Ke Luar Negara

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa tidak menafikan dia pernah terdetik untuk berhenti menyanyi pada tahun 2015 disebabkan sudah kekeringan idea untuk menghasilkan lagu baharu.
Rossa, 45, berkata, di sebabkan keputusan itu, dia juga pernah berniat untuk menjual aset miliknya seterus berhijrah ingin ke luar negara.
“Sebenarnya saya terdetik untuk berbuat perkara tersebut (jual aset dan berhenti menyanyi) kerana pada fasa tersebut, saya seperti sudah tidak tahu untuk hasilkan muzik yang bagaimanana lagi. Seolah-olah seperti sudah kehabisan idea.
“Malah, ada juga timbul perasaan macam sudah tidak relevan dengan arus muzik semasa. Sebabnya, saya rasa sudah hasilkan agak banyak juga lagu dan tak suka keluarkan lagu yang ‘berbunyi’ seperti sama.
“Sebab itu saya rasa macam nak berhenti menyanyi dan jual aset yang ada dan pindah ke luar negara untuk membawa diri,” katanya.
Rossa berkata demikian ketika ditemui di Malam Gala Filem All Access To Rossa 25 Shining Years di Plaza Indonesia, pada Isnin.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Pudar berkenaan juga menjelaskan dia mahu berbuat demikian kerana rasa kurang yakin untuk bersaing dengan pendatang baharu.
“Saya juga lihat semakin ramai artis dan penyanyi yang meningkat naik ketika itu dan bakat mereka semua bagus.
“Saya berfikir adakah mampu untuk bersaing dengan pendatang baharu atau tidak.
“Mungkin saya kurang percaya pada diri sendiri juga ketika itu dan fikir mahu jadi karyawan sahaja.
Imbas kembali, filem genre dokumentari itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia bermula 1 Ogos ini.
Filem yang mengisahkan tentang perjalanan karier seni Rossa sebagai penyanyi diva terunggul Indonesia itu juga bakal menerjah pawagam Malaysia pada September depan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Barang Pun Banyak Keluarga Yang Belikan,” l – Mawar Rashid Syukur Dikurniakan Keluarga Yang Baik & Penyayang

Selepas melahirkan anak keduanya pada 2 Januari yang lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid ada berkongsi cerita selepas selamat pulang ke rumah dari hospital.
Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Rashid meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ahli keluarga yang baik dan penyayang terhadap dirinya.
Malah, ahli keluarganya juga banyak memberi bantuan kepada Mawar atas kelahiran anak perempuannya yang diberi nama Raden Seri Rossabella Cinta itu.
“First time in our room with baby CintaTime ni we all baru balik dari hospital.. Mawar just nak ucapkan terima kasih to my beloved family.. sebab tolong siapkan our room..
“Mawar & Raf mmg hectic ulang alik hospital sebab pregnancy Cinta mmg berbeza sikit ngan Rafael sampaikan mmg x sempat nak siapkan bilik..
“thank you Raden love for always be there for me, plus tolong pasangkan barang2 baby. barang2 pun mostly my family tolong belikan (including baju2 baby )..
“Tu yang sebelum Mawar lahirkan baby Cinta, Mawar curi je masa g cari baju baby, nikmat beli baju baby masyaa’Allah..
“dengan perasaan bayangkan my baby pakai baju2.. best sgt! Btw, Alhamdulillah tq family banyak permudahkan urusan Mawar. You all are the best.. Abai, bebey, sulom, kkintan, kklily, kkmey2, Gfan, sisnadea,ibu, bee, farjo..
“Set cadar warna putih Mawar mmg suka warna putih, nampak tenang je, rasa bilik cerah je..even rambut satu urat pun nampak.. quality pun bagus gilaaa
“Serious Mawar happy sebab murah jugak.. satu set ni, skali ngan selimut tau, Mawar beli kat @cadar_lawadooh .. RM 90 satu set x silap..Baby cot yg Cinta duduk tu dari @babyshop_malaysia Laundry basket cutie dari @flybyfly_malaysia Syukur Alhamdulillah.. you all,” tulisnya panjang lebar.
Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Jangka Kemalangan Akan Berlaku. Begitu Juga Dengan Hidup… Kita Tidak Bersedia Untuk Mati,” – Nazril Idrus

Bersyukur diberi peluang kedua dalam hidup, usahawan dan hos, Nazril Idrus memaklumkan, apa yang berlaku memberi pengajaran kepadanya.
Luah suami kepada pelakon Sazzy Falak ini lagi, mungkin selama ini dia terlalu mengejar keduniaan sehingga lupa apa yang lebih penting dalam hidup.
Nash sebelum ini mengalami kemalangan ketika aktiviti berbasikal hingga menyebabkan bahagian ‘Collarbone’ sebelah kiri patah empat dan tiga tulang rusuknya retak.
Ditemui pada majlis pelancaran Single Terbaru Hijjaz Feat Tomok baru-baru ini, Nazril turut mendedahkan dadanya juga terpaksa ditebuk bagi mengeluarkan darah dan udara yang tersekat di paru-paru.
“Tulang rusuk retak dan menyebabkan paru-paru saya mengecil akibat selaput bocor. Lubang terpaksa ditebuk untuk mengeluarkan darah dan udara. Di bahagian bahu pula ada sembilan paku.
“Namun apa yang berlaku menjadi ikhtibar buat diri, betapa rapuhnya hidup kita. Hidup ini perlu beringat dan bersyukur kerana senangnya untuk Allah ambil nyawa kita.
“Ini masa untuk saya muhasabah diri. Bayangkan jika waktu itu tengkuk saya yang patah?
“Kemalangan berlaku tidak dijangka, waktu itu saya sudah hampir ke kereta dan tangan saya cuba mengambil telefon di belakang.
“Mungkin kerana kurang skill menyebabkan saya terjatuh dan kepala terhantuk di jalan sehingga helmet pecah,” jelasnya lagi.
Apa yang berlaku pasti punya hikmah tersendiri, Nazril menyifatkan pilihan sentiasa ada dalam hidup namun berbalik kepada diri sendiri membuat keputusan terbaik.
“Kemalangan ini secara tak langsung membuatkan buat refleksi terhadap diri-sendiri. Mungkin sebelum ini saya ada kesalahan dengan orang lain, tidak bersyukur atau terlalu mengejar keduniaan.
“Apa yang berlaku buat saya terduduk. Saya mahu berhenti sebentar dan buat pilihan dalam hidup. At the end of the day, semuanya berbalik kepada keluarga. Saya lupa untuk ambil masa dengan anak-anak dan isteri.
“Malah sepanjang waktu berehat ini, saya banyak luangkan masa dengan anak-anak. Setiap pagi buatkan sarapan untuk mereka, membasuh baju dan bercerita tentang hidup.
“Andai kata saya mati, semua perkara ini tidak lagi dapat dilakukan bersama. Ia buat saya banyak berfikir dan sedar inilah nikmati paling penting dalam hidup,” tuturnya kepada MH.
Banyak bermuhasabah, jelas lagi apa yang paling dirisaukan andai dia pergi, bagaimana isteri dan anak-anak meneruskan kehidupan tanpanya di sisi.
“Saya tidak jangka kemalangan akan berlaku dan begitu juga dengan hidup, kita tidak bersedia untuk mati.
“Takut juga kalau saya mati. Apa akan berlaku kepada isteri, anak-anak dan keluarga saya nanti? Membuatkan saya lebih ingatkan tuhan dan menjaga solat.
“Saya serik… Syukur kecederaan boleh dipulihkan kembali walaupun cukup sakit menanggungnya. Bayangkan kepada yang tidak punya peluang kedua? Sedar-sedar kita sedang dihisab.
“Sebab itu kita harus bersyukur daripada waktu ke waktu, Subuh ke Zuhur, Zuhur ke Asar dan seterusnya. Allah sentiasa beri masa kepada kita,” kongsinya lagi.
Nazril Idrus dan Sazzy berkahwin pada 2006 dan dikurniakan pasangan kembar perempuan, Lily Imaan dan Tiara Rose.
Hujung Oktober lalu, Nazril dimasukkan ke HKL selepas mengalami kecederaan teruk kerana terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI