Isteri kepada penyanyi dan pelakon Izzue Islam, Awin turut mengalami bengkak dan lembam pada bahagian kaki kanannya selepas terjun tangga gara-gara melarikan diri daripada seekor biawak, baru-baru ini.

Jelasnya lagi, isterinya turut dinasihatkan agar melakukan x-ray sekiranya bengkak yang dialami masih tiada menunjukkan tanda-tanda pulih selepas dua hari.

“Awin cedera masa lari dari biawak tu. Dia terjun tangga dari atas ke bawah. Terus kaki lebam dan bengkak. Dah pergi klinik.

IKLAN

“Doktor cakap kalau lagi dua hari bengkak tak surut dan still sakit. Disarankan untuk pergi x-ray pulak.

“Takut kaki tulang dia ada yang retak or patah. Doakam Awin ya guys. Dia tengah sakit tapi kuat,” terangnya menerusi satu video pendek di Instagram.

IKLAN

Sementara versi panjangnya pula boleh ditonton menerusi saluran YouTube mereka.

IKLAN

“Doakan kaki @awinnurin cepat baik guys! Harini bengkak lagi. Video penuh ade kat youtube izzue islam 🥺 #biawakpunyapasal #sapetaksayangbinidiagila,” jelas Izzue pada ruangan kapsyen.

https://www.instagram.com/p/CDyLxBujRcY/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI