Pelakon, Datin Niena Baharun berkongsi pengalaman cemas apabila permata hatinya, Adiel Mikail tersungkur baru-baru ini di tepi bucu lantai hingga meninggalkan kesan pada bahagian dahi kanak-kanak berkenaan.

Sebelum ini, bintang Jangan Benci Cintaku ini turut mendedahkan dahi Adiel sedia benjol selepas terhantuk pada pintu sebelum ini.

“Daddy cakap biasalah anak boy tengah lasak. Tapi mommy risau parut tu macam mana nak hilang.

“Tapi takpe asalkan, @adielmikael okay. Petang semalam al kisahnya dia tersungkur dekat tepi bucu lantai, dahi yang terkena dulu.

IKLAN

“Sebelum tu dah ada benjol dekat tempat yang sama akibat terhantuk dengan pintu sebab duk main celah celah langsir. Sabar jelah. Nasib baik luka tk teruk sangat.

“Harap harap selepas kejadian ni, Adiel Mikael makin behave,” doa Niena buat putera pertamanya itu.

IKLAN

IKLAN

Sekadar info, Niena mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 di Kota Bharu, Kelantan.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama pada 25 Oktober 2018.

Foto: Instagram Niena Baharun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI