Penyanyi Kaka Azraff ada berkongsi pengalaman mengenai rutin menjaga anak pertamanya, Aslan Adam yang bersikap sukar untuk berenggang dan berjauhan selain mahu bersamanya hampir setiap masa.
Malah sebelum ini menerusi satu hantarannya di Instagram, penyanyi yang kini muncul menerusi sinlge Gila itu turut memohon bantuan peminat untuk berkongsi tips bagi menyelesaikan masalah berdepan anak yang ‘clingy’.
Berkongsi mengenai perkara tersebut, Kaka ketika ditemui MH menjelaskan, ia sesuatu yang mencabar meski pada sama sama, ia turut membantu dirinya untuk menjadi ibu terbaik.
“Ini pengalaman pertama saya menjadi ibu dan ia sememangnya mencabar. Bagaimanapun saya percaya situasi ini akan berlalu dan anak rindui momen tersebut.
“Aslan tidak boleh berenggang, meski jika ada yang pegang dia bersebelahan dengan saya sekali pun, dia tetap akan nangis dan mahu saya ambil dukung. Malah kalau bersama dengan bapanya, dia tetap akan begitu.
“Kadang-kadang kalau nak buat kerja rumah tu, agak sukar sedikit. Saya nak ambil pembantu rumah pun tidak boleh kerana keadaannya yang begitu. Dia tidak boleh dengan orang.
Ads
“Awal dulu, kami memang ada pembantu, akan tetapi ia menjadi agak sukar. Jadi kami ambil keputusan untuk besarkan Aslan sendiri.
“Akan tetapi tidak mengapa, lebih baik untuk saya melihat dia membesar di hadapan mata dan ia secara tak langsung membantu saya untuk belajar menjadi ibu yang lebih baik, insya-Allah,” katanya.
Kaka pada masa sama turut mendapatkan penjelasan pakar mengenai masalah yang dihadapi.
Ads
“Melihat kepada situasi tersebut, saya sampai bertanya kepada pakar kanak-kanak juga. Alhamdulillah semuanya baik dan doktor memberitahu, keadaan tersebut normal dan mempunyai fasa sendiri.
“Umurnya pun baru 10 bulan, jadi dia hanya kenal ibu dan bapanya sahaja. Doktor juga ada menyebut Aslan berkemungkinan tidak yakin dengan orang lain kecuali ibu bapanya.
“Sekarang saya kena rancang dalam kerja. Menjadi seorang ibu sedikit sebanyak mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih peka dan tersusun,” akuinya optimis.
Ads
Terdahulu, Kaka ditemui pada majlis Pelancaran Single Gila, di Hotel Citizen M, Kuala Lumpur pada Isnin.
Single yang turut menampilkan Noki K-Clique dan Loka B itu sudah pun mempunyai muzik video rasmi yang kini sudah pun mencapai jumlah tontonan hampir 60,000 kali selepas dimuat naik di YouTube dua hari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nas-T memanjatkan rasa syukur apabila filem aksi lakonannya, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kini sudah pun menerima kutipan mencecah RM30 juta.
Perkongsian positif itu dikongsikan Nas-T atau nama sebenarnya,Nas Muammar Zar Nasruddin menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram.
“Alhamdulillah! RM30Juta tercapai setelah 4 minggu #AirForceTheMovie ditayangkan! Terima kasih Malaysia & Singapore! Yang belum tengok, esok tiket murah, go go go,” tulisnya sambil disusuli dengan ucapan tahniah daripada para pengikutnya pada ruangan komen.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Selain Nas-T, ia turut menampilkan lakonan Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Lakonan mantap barisan pelakon menerusi drama episod, Drama 7 Hari Mencintaiku ternyata membuahkan hasil selepas mendapat perhatian meluas daripada penonton setia drama tempatan.
Lalu, barisan pelakon drama berkenaan Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Wan Sharmilla dan Syazwan Zulkifli telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk segmen Geng Pagi Hot di radio Hot FM, pada pagi Isnin.
Mereka diundang ke konti bagj mempromosikan drama yang telah mencipta fenomena industri drama tempatan itu.
Ketika sesi temu bual berlangsung, pelakon Liza Abdullah antara lain mengakui ada menerima komen negatif daripada penonton gara-gara watak Mak Leha yang dilakonkan olehnya dalam drama berkenaan.
“Saya akui memang ada orang komen yang membenci saya kerana watak Mak Leha, tapi awal-awal lagi saya cakap saya dah maafkan semua yang komen tu.
“Saya faham mungkin mereka benci saya kerana Mak Leha tapi saya harap mereka tak benci dengan Liza Abdullah,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 56 tahun ini turut menitip ucapan terima kasih kepada semua penyokong setia drama terbabit.
“Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong 7 Hari Mencintaiku daripada musim pertama sampai kedua. Kalau ada yang merindua mungkin boleh tengok ulangan nanti.
“Dan saya nak ucap terima kasih kepada TV3 kerana memberi ruang serta peluang dan harap sangat peminat sentiasa menyokong drama slot Akasia,” katanya lagi.
Sekadar informasi, drama 7 Hari Mencintaiku bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3 menerusi slot Akasia.
Foto: Instagram Liza Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meraikan hari jadi dalam suasana makan malam, aktres Fasha Sandha turut menitipkan ucapan indah bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu mentuanya, Rokkiah Md Noor.
Meriah dihadiri ahli keluarga dan suami yang juga pelakon, Aidil Aziz, layangan kata indah daripada pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh itu nyata mencuri perhatian peminat.
“The best mil in the world, my mother in law. Ibu yang sangat berhati mulia, selalu mengungkapkan kata-kata yang manis, dan selalu mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak dan menantu.
“Siapa yang mengenali ibu mertua saya pasti tahu, jiwa kasih sayangnya tu dapat nak digambarkan dengan kata-kata,” tulis Fasha pada ruangan kapsyen.
Dia pada masa sama turut mendoakan yang baik-baik buat ibu mentua yang disayangi.
“Happy birthday ibu, terima kasih kerana menjadi ibu mertua terbaik buat Sha, kak Nurul dan Allya. Kami selalu bersyukur ada ibu mertua yang terbaik.
“Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki , bahagia, dan diberikan kesihatan yang baik. I love you ibu, we love you.
“I love you ibu, ibu tak main FB tak main Instagram, sbb ibu tak minat media sosial, tak dapat nak tag ibu. Happy belated juga buat achu,” tulisnya.
Sementara itu, Aidil turut menitipkan doa buat ibu sambil berkongsi beberapa lampiran foto mereka sekeluarga.
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.