Rozita Ibrahim meluahkan kekecewaan apabila perihal rumahtangga anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri diperbesar di media sosial sehingga mendatangkan fitnah.
Jelasnya, apakah manfaat yang netizen dapat andai benar perceraian berlaku?
Tegasnya dia tidak bersalah dalam hal ini dan meminta netizen tidak mengaitkan dirinya dalam permasalahan yang terkait.
Jelas Rozita lagi, walau apa yang berlaku, Datin Seri Shahida masih menantunya dunia akhirat dan hubungan mereka masih baik sehingga hari ini.
“Posting caption mengundang utk tambah dosa.?? ..ambik kesempatan Utk meraih followers membaca, meramaikan org komen utk ghibah..?? ..tak takut ke dosa fitnah buka aib orang..??
“Sy bersuara sbb dah tak tahan dan penat lahhhhh ..kalau org lain xda sape kisah pun…xfollow , memollow, bercerai xbercerai bagai …tak ada org berminat nak tau.
Ads
“Persoalannya dapat apa ntah..?? Kalau bercerai juga napa ..?? , nak kawin dgn kri..?? atau nak kawin dgn ida ..( keduanya kaya dn baik ” nak sy buka tender ke ..??? ) ..suka nak menghina biar mereka lemah semangat ke..??
“bab kri dgn ida sy pun dipalit sama..!! sy xbersalah dalam hal ni. Tolonglah, Kasihanilah , berilah kami aman dan jangan bebankan lagi Ida atau saya untuk masalah peribadi ni @shahidadherbs .!!
“Suka hati sy nak follow atau x..Pak menteri atau artis pun sy xfollow .sy xkan lihat benda yg xmenguntungkan.
“Sy x follow Ida , kecoh seMalaya masa PKP ni, sempitnya cara berfikir ..Sedap bergosip penghilang stress ya..seronok bergosip..Nak tau sy gaduh & salahkan menantu..Dia tetap anak menantu sy lah till jannah ( dlm islam xda istilah unfollow masuk neraka weiii).
Ads
“Pernah nampak sy gaduh dgn orang lain maki hamun di media ke..?? kalau dgn org xpernah , tak kan dgn Ida sy nak gaduh ..posting sy semua dia IG dianggap sindir Ida..??
“Saya org tua yg matang setakat hari ni ok..!! Berhentilah jd penyibuk ” Dia sgt baik dgn sy , sampai sekrang..!! sy xfollow Yati , Kri xda pulak org nak tanya ke..??
“Menghina org sedap , sbb xkena kat diri kita kan..!! Cuba kena diri sendiri ..esok lusa kita xtau takdir sendiri..kita xpernah jumpa , x kenal , hanya dimedia , sedap menunding hina ..ada ke peluang nak jumpa kita ni ..?? utk minta maaf..Akhirat bukan main2 tempatnya.
Ads
“Sy xpernah burukan Ida , dan x campur dunia luar ..Ingat ayat sy satu je ” dia tetap menantu sy hingga akhir hayat sy dn ibu pd cucu sy..Sy x follow xmaksud sy gaduh ..Sy Penat dihakimi oleh netizen.
“Jgn tanya sy unfollow .. Sy malas dan xnak tengok semua anak2 sy di media sosial .Semak Otak je dan jgn soal perkara xcerdik , xmenguntungkan , xperlu membizy pasal mereka utk sy ulas….!! Nasihat ke tidak ke,” luahnya panjang lebar.
Terdahulu, desas desus keretakan rumahtangga pasangan selebriti ini bertebaran di media dan bagaimanapun Aliff dan Shahida belum memberikan kenyataan rasmi mengenai situasi sebenar yang berlaku.
Foto : Rozita Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyampai radio dan hos, Fizi Ali ada berkongsi foto anaknya, Ameena Sofia menerusi Instagram sambil berkongsi rutin hariannya sejak bergelar bapa kepada seoranf cahaya mata.
Kongsi Fizi, semenjak anaknya dilahirkan lebih tiga bulan lalu, fikirannya asyik terfikir soal anak hingga ada ketika tidak bertanya khabar mengenai isteri sendiri.
“Bila ada anak ni lain rasanya…dulu habis kerja lepak sana sini..petang baru balik..sekarang ni habis je kerja benda pertama pikir nak balik jumpa anak.
“Tapi kadang2 kesian jugak kat sis killa..asyik tanya pasal anak je..pasal dia tak tanya pun…memang biasa ehh macam tu,” tulisnya di Instagram.
Lalu, rata-rata peminat memberikan reaksi yang pelbagai. Ada yang membayangkan ia suatu yang normal bagi individu yang baru bergelar bapa.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada pada 18 Februari 2018.
Foto: Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Misha Omar ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, penyanyi yang terkenal dengan lagu Sampai Bila ini mengimbau kenangan saat selepas melahirkan anaknya, Idris.
“Apahal google photos keluarkan gambar ni @firosezzwan ?? Hahahhaa..gambar wefie kami ni diambil selepas kak mitch lahirkan Idris… malam pertama bermalam di HUKM time tu..cuak dan clueless sungguh.
“What a memory tiada dalam gambar, @mimieomar peneman setia ke tandas beberapa kali selepas bersalin.. serammmm!!! Hahahahhaha..ibuk2 pasti paham…Terimalah gambar kenangan muka kak mitch, sebesar piring hitam..,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan penyanyi berusia 37 tahun ini kekal harmoni bersama suami tercinta dan anak-anak.
Pada 2 Mei 2014, Misha telah mendirikan rumah tangga bersama Firos Ezzwan Rossly dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 3 tahun.
Di samping itu, Misha turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Adam Emir dan Humaira Lateefa.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Datuk Hans Isaac ada memuat naik foto terbaru di akaun Instagram miliknya.
Foto tersebut memaparkan Hans menerima sejambak bunga sejurus selepas tamat proses rakaman program terbaru pelakon dan pengacara, Neelofa berjudul Next To Neelofa.
“I got flowers after the interview. I must done very well,” tulisnya.
Malah menerusi ruangan caption, juri tetap Hero Remaja 2020 itu turut mengajak para pengikutnya untuk sama-sama menonton episod pertama program bual bicara tersebut.
“Don’t forget guys , Malam ni 9 malam. Episode pertama #nexttoneelofa di Astro Ria. Congrats @neelofa and team,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan komen pelbagai selepas melihat foto mesra tersebut.
Program Next To Neelofa bakal bersiaran pada setiap Khamis bermula malam ini pada jam 9.00 malam hanya di Astro Ria (123) dan Ria HD (104).
Difahamkan selain Datuk Hans, antara nama besar yang akan turut serta menjadi tetamu undangan bagi program ini adalah, Datuk Rizalman, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Datuk Hans Isaac
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!