Menerusi laman Youtube Gegar, DJ Nazz yang bersiaran bersama tetamu jemputan, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mendapat perhatian ramai.

Dalam pada berkongsi mengenai kerjaya, bekas hos terkenal ini turut bercerita mengenai sisi peribadinya, termasuk kisahnya bersama penyanyi, Ziana Zain.

Dia mengulas secara jujur spekulasi yang bertebaran selama ini mengenai isu ‘patah hatinya’ dengan bintang berkenaan.

Meski puluhan tahun berlalu, namun lelaki ini mengingati setiap inci memorinya.

Masa itu saya sedang berangan bercinta dengan Ziana Zain. Saya ke rumah dia dan berjumpa bapanya untuk meminta izin membawa Ziana keluar makan. Bapanya berpesan agar menjaga Ziana baik-baik.

“Walaupun hati saya memberontak mahukan Ziana Zain namun orang kata Korban Cinta. Dia tiada perasaan yang sama terhadap saya, hanya saya yang bertepuk sebelah tangan.

“Tapi dia sudah kena karma, tengok apa yang terjadi kepadanya. Bangga sangat berkahwin dengan lelaki itu.

IKLAN

Semasa membawa Ziana Zain keluar, saya rasa seolah-olah seperti Justin Bieber, namun dia memanggil saya ‘deknon’.

“Daripada Shah Alam, saya membawa dia ke Hotel Concorde dan waktu itu saya meluahkan perasaan dan katakan saya suka padanya,” akuinya.

Lalu, ini reaksi yang diberikan penyanyi Kemelut Di Muara Kasih itu.

“Namun jawapannya ‘deknon jangan nak mengada. Kita kawan sahaja, tak ada feeling-feeling. I tak berminat’. Selepas beberapa minggu, keluar kenyataan di Media Hiburan katanya ‘saya tiada taste dekat Azwan Ali.

IKLAN

“Bayangkan maruah lelaki saya pada waktu itu,” jelasnya tanpa berselindung.

Malah, pengacara hebat ini turut menyatakan perwatakan Ziana Zain sebagai 'simple lady’ membuatkan dia jatuh cinta.

Sewaktu saya gilakan dia, dia seorang yang simple lady. Bukan seperti sekarang, semakin cantik dan vogue.

“Dia sempoi dan itu yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya. Dia ada sesuatu yang menarik di mata saya. Tapi tak ada jodoh, tak apalah,” katanya lagi.

IKLAN

Selain itu, Azwan turut menjawab persoalan mengenai perubahan drastik penampilan berbanding sewaktu awal kemunculan dalam dunia seni.

“Saya akui ramai yang memuji ketampanan saya waktu awal dahulu dan masih menyimpan komen-komen berkenaan. Tapi sebenarnya saya mahu jadi begini, saya tidak peduli.

“It’s just a change of life. Lagi saya dikutuk, ini cara saya provoke mereka,” tambahnya menerusi rancangan terbabit.

Dalam pada itu, program #begitubegini bersama Azwan Ali turut mengulas kehidupannya sebagai pelajar pintar dalam jurusan Undang-Undang, pengalaman diherdik Fauziah Ahmad Daud dan populariti.

Sumber : Youtube Gegar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI