“I love you, good night.” Itu antara perbualan mesej sebelum tidur antara pasangan tunangan Nur Risteena dan Isa Khan.
Risteena, 30, telah mendedahkan perbualan mesej menerusi aplikasi Whatsapp bersama Isa sebelum masing-masing melelapkan mata.
Kongsinya, perbualan itu dilakukan kira-kira jam dua pagi kerana akui sukar untuk mendapatkan tidur yang secukupnya.
“Our conversation before sleep. Just to share with you guys, lately ni kami memang tak cukup tidur especially Isa yang work hard untuk bisnes kami. Tak sangka dia bekerja keras sehingga tahap tidur 3-4 jam sahaja sehari.
“Alasannya untuk bahagiakan saya, untuk menghalalkan saya. Rezeki dia datang mencurah. Alhamdulillah. Saya happy tengok satu persatu yang dia capai sekarang. Katanya, saya semangat dan kekuatan dia.
“Actually we both need each other so much! Kami kuat dan semangat bila kami bersama. Semoga dengan izin Allah, @lovit_hq terus success hasil kerja keras awak sayang,” konsinya.
Dalam pada itu, kakak kepada Ruhainies itu sentiasa mendoakan yang terbaik buat tunangnya itu.
“Ya Allah, jauhi @theisakhan dari niat tidak baik manusia, permudahkan segala urusannya, beri kesihatan yang baik untuknya, kuatkan semangatnya, lindungi dia dimana pun dia berada, curahkan rezeki yang tidak disangka sangka, jadikan dia seorang yang berjaya dunia dan akhirat. Amin.
“Selamat malam semua,” akhirinya.
Terdahulu, kedua-dua mereka telah mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu.
Masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, Risteena dan Isa mahu memberi fokus pada perniagaan produk kesihatan yang dijalankan hasil usaha sama.
Foto: Instagram Risteena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI