Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dia sudah bertemu dengan wanita Singapura, Sarah Yasmine yang didakwa pernah menjalinkan hubungan cinta dengqn suaminya Aliff Aziz sejak Januari lalu.
Menurut Bella, Yasmine cuba berkali-kali menghubunginya untuk menjelaskan situasi seterusnya memohon maaf.
“Saya lega dengan apa yang dikongsikan oleh Sarah. Sebenarnya saya sudah berjumpa dengan dia. Dia yang mencari saya dahulu.
“Dia telefon dan WhatsApp saya banyak kali. Bila lihat mesej yang dihantarlannya, saya rasa kasihan. Dia nak sangat berjumpa dengan saya. Jadi kami telah bertemu seminggu lepas.
“Kami juga sudah mengikuti akaun Instagram masing-masing. Saya bukan menyokong tindakkannya sebaliknya saya kagum bila dia bercakap benar dan mengaku kesalahan.
Ads
“Sekurang-kurangnya dia minta maaf,” katanya kepada MH.
Bella berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Majlis Rumah Terbuka Universal Music di Le Meridian, Petaling Jaya pada Rabu.
Pada masa sama, ibu kepada dua orang cahaya mata itu tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat wanita berkenaan.
Ads
“Untuk perkara itu, saya tidak terkejut sebab dia juga ada dalam senarai yang pernah saya katakan sebelum ini. Saya tahu siapa perempuan itu namun, saya tidak tahu secara terperinci.
“Saya terkejut juga yang diceritakan itu. Namun, saya rasa ini kemanisan bagi orang yang bersabar. Kebenaran itu datang dengan sendirinya.
“Perkara ini berlaku tatkala saya sedang sibuk bekerja. Saya kini sudah ke arah move on. Allah seakan nak permudahkan. Segala bukti-bukti kini bertambah,” ulasnya lagi.
Ads
Katanya lagi, bukti-bukti tersebut juga akan digunakan di mahkamah untuk prosing cerai nanti.
“Saya nak perkara ini berakhir segera. Apa yang dikongsikan Sarah terlalu banyak dan cukup buat saya bawa ketengah. Kebenaran muncul. Memang Aliff dan Ruhainies ada hubungan.
“Memang saya sudah tahu tapi ia menguatkan lagi kebenaran. Seperti sedia maklum pihak di sana menidakkan. Di bulan Ramadan, saya tidak akan sesuka hati menfitnah,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty ada menitipkan ucapan sempena hari lahir Pedana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ke 73 pada Jumaat.
Menzahirkan dedikasi, dia mendoakan semoga Tan Sri Muhyiddin akan terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa didalam perlindungan rahmat yang maha Esa.
“Selamat Menyambut Hari Kelahiran yang ke 73 buat Bapa Perihatin Negara Tan Sri Muhyiddin Yasin.
“Semoga TS Muhyiddin Yassin Senantiasa di dalam Perlindungan ALLAH SWT.
“Di Berikan NYA kesihatan yang baik, di berkati di dalam rahmat ALLAH SWT setiap masa,” tulisnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Azry Iskandar itu turut memuji komitmen yang diberikan oleh Pedana Menteri ke-8 sepanjang mendepani krisis COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.
“Thank you TS Muhyiddin for your undivided commitments taking care of the rakyat from all walks of life during our difficult times facing the covid 19 pandemic.
“You are so calm and collected under pressure with loads of responsibility to carry out at times of great challenges happening in our country, Malaysia.
“My hats off to you Sir. Thank you my PM Malaysia.
“Happy Birthday TS Muhyiddin Yasin. May Allah Bless you Always. Syukran ALLAH SWT,” katanya lagi.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Ellie menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan ucapan selamat selain turut menitipkan doa buat pemimpin nombor satu negara itu.
Sumber: Instagram Ellie Suriaty
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian terbaru penyanyi, Mawi membawa makna yang cukup besar, iaitu bagaimana seharusnya adab memberikan ciuman terakhir kepada jenazah.
Dimaklumkan bahawa Kelas Pengurusan Jenazah ini diadakan di kediaman Mawi.
Memperlihatkan dua contoh terbaik menyantuni jenazah, jelas ustaz yang berkongsi ceramah, terdapat dua kaedah terbaik mengucapkan selamat tinggal iaitu daripada sisi dan belakang kepala.
Apa yang penting, kedua-dua tangan haruslah menyentuh jenazah dan ciuman diberikan di bahagian dahi dan pipi tanpa menggerakkan si mati.
Jelas tenaga pengajar yang dikenali sebagai Haji Zainal, seelok-eloknya jenazah tidak digerakkan sewaktu memberi ciuman selamat tinggal, sebaliknya insan yang masih bernyawa harus bergerak mengikut posisi si mati.
Foto : Instagram Mawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ramai teruja menantikan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga ada yang membuat teka-teki mengenai pihak manakah yang bakal membentuk kerajaan baharu.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida misalnya turut bertanya sama ada kemungkinan wujudnya majoriti mudah di antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Penyanyi lagu I Am Me itu menerusi Instagram juga turut bertanya mengenai perkembangan Barisan Nasional (BN) setakat ini.
Pelakon dan model terkenal Indonesia, Paula Verhoeven hari ini membuat aduan rasmi terhadap panel hakim Mahkamah Agama Jakarta Selatan kepada Komisi Yudisial (KY) di...