Usahawan tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui berasa amat sedih diatas pemergian nenek tercinta yang dilaporkan telah meninggal dunia akibat Covid-19 awal pagi tadi.
Menurut Aliff, dia akan sentiasa merindukan sosok yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri itu yang selalu ada bersamanya disaat susah dan senang.
“Perjalanan yang paling menyedihkan. Ketika ini duit tak mampu beli nyawa nenek. Walapun mak @bondarozitaibrahim dah habis ratusan ribu dan saya dah iktiar semampunya saya akhirnya nenekku pergi buat selama lamanya.
“Kri akan sentiasa rindukan nenek. Tidak lekang mendoakan Kri berjaya walapun ketika Kri berniaga di pasar di tepi jalan. Nenek selalu cakap “cucu nenek hebat”.
“Nenek yang menjaga saya ketika kecil yang saya anggap macam ibu kandung saya sendiri. Nenek yang sentiasa berada di sebelah saya tatkala saya mempunyai masalah dengan musuh bisnes atau personal,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada enam orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Kongsinya lagi, neneknya juga merupakan antara individu penting yang sering kali memberikannya nasihat mengenai keharmonian rumah tangganya
“Nenek yang mempertahan perkawinan saya. Nenek yang sweet tempat saya bermanja. Saya dah tiada sesiapa tempat saya nak bermanja. Saya tak pernah rasa dia nenek saya. Saya rasa dia ibu saya. Mungkin sebab terlalu rapat.
“Walaupun dah kawin saya masih tidur dengan dia. Saya cium dia, saya masakkan dia, saya bawa dia berjalan-jalan walapun dia dah lama lumpuh,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Aliff turut dilihat merakamkan ucapan penghargaannya bukan sahaja buat para peminat tetapi untuk seluruh petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus merawat neneknya sebelum ini.
Ads
“Sukar untuk saya luahkan perasaan saya ketika ini yang masih tidak boleh terima hakikat nenek meninggal dunia dengan kereta ini. Saya ambil beliau daripada hospital dengan keadaan yang sehat dengan kereta ini juga saya hantar beliau untuk urusan pengkebumian nenek yang tiada ganti.
“Saya mohon untuk bacakan Al-Fatihah semoga roh nenek saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“#Terima kasih kepada pekerja hospital kerajaan Kuala Pilah dan hospital kerajaan Kuala Kubu Bharu dan hospital KPJ Damansara kerana memberi layanan yang terbaik buat kami dan arwah nenek saya,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berdukacita selainturut mendoakan semoga neneknya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Ads
“Innalillahiwainnailaihirojiun, Al-Fatihah. Salam takziah buat Datuk sekeluarga.
“Tinggal kenangan Datuk! Salam takzih ye.
“Semoga roh nenek ditempatkan bersama para soihin dan di syurga tertinggi,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Pada tanggal 20 September lalu, nenek kepada Aliff telah pun dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan akibat dijangkiti virus Covid-19.
Tambah membimbangkan apabila tahap oksigennya dikatakan telah menurun sehingga ke paras 70 peratus yang turut memberikan kesan terhadap keadaan buah pinggangnya.
Jenazah nenek kepada Aliff telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Felda Palong 8, Negeri Sembilan pada petang tadi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas kakaknya sah bergelar isteri, anggota kumpulan K-Clique, MK pula menjadi tumpuan apabila ada peminat yang menantikan bilakah majlis hari bahagianya pula.
Lalu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di Instagram, MK memuat naik beberapa foto posingnya yang sedang ‘berlatih’ andai majlis raja seharinya tiba.
Segak berbaju Melayu polos putih lengkap bersongket, MK dirakam duduk di pelaminan sambil melakukan beberapa ‘posing’.
“Ada ni tengah practice jap. Bila awak nak duduk? Sementara tunggu awak nak duduk saya pegangkan bunga awak jap, okay?,” tulis MK pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama mengusik MK.
“Practice dulu nama saya, tengah bersiap-siap kejap,” tulis seorang peminat.
“Okay tunggu tau,” usik peminat lainnya.
“Tunggu aku habis STPM,” tulis peminat pada hantaran sama.
“Soon okay sayang, moga dipermudahkan urusan kita,” antara komen yang tertera.
Terdahulu pada Isnin, rakan baiknya yang juga anggota kumpulan K-Clique iaitu Fareed selamat bergelar suami kepada kakak MK sendiri, Siti Hawa Hamdan dengan sekali lafaz.
Pasangan itu dinikahkan oleh MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Raysha Rizrose, 27, yang selamat bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, pada Rabu mengakui tolak ansur menjadi antara hubungan cinta mereka lebih 10 tahun terus mekar.
Raysha berkata mesti ada ketika hubungan mereka diuji, namun keduanya sepakat untuk mencari persefahaman dan kepercayaan.
“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah. Nabil ada ‘tweet’ kepada saya.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur.
“Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai soal bulan madu dan cahaya mata, adik kepada pelakon Uqasha dan Nelydia ini mengakui mereka tidak merancang.
“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang.
“Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu.
“Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini. Soal anak pula, baik saya dan suami tidak meletakkan ketetapan.
“Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya,” katanya yang akui perlu lebih selektif dalam pemilihan watak, seiring dengan batasnya sebagai isteri orang.
Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan
secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.
Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.
Tanggal 26 Februari ini, pasangan sama cantik sama padan itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Raysha Rizrose, 27, selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 29, kira-kira jam 8.52 malam tadi. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.