Pelakon, Ozlynn Wati menyifatkan anak sulungnya, Ariq telah banyak mengajar dia dan suami untuk sentiasa berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik.

Menurut Ozlynn, Ariq juga pernah turut sama melalui fasa sukar bersama dia dan suami satu ketika dahulu.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Khamis.

“Dia Yang Merasa Segala Kesusahan Kitaorang…,” – Tahu Bawa Diri Di ‘Oversea’, Dalam Sungguh Pesanan Ozlynn Wati Buat Anak Sulung “Dia Yang Merasa Segala Kesusahan Kitaorang…,” – Tahu Bawa Diri Di ‘Oversea’, Dalam Sungguh Pesanan Ozlynn Wati Buat Anak Sulung

“Dia anak yang ajar kami semua perkara jadi baru, dia yang merasa segala kesusahan dengan kitaorang juga, dia jugak anak yang selalu kena belasah dengan papa dan dia jugak anak yang selalu papa sebut-sebut dan bangga pada semua orang.

“Ye, dia anak yang semakin meningkat dewasa semakin menyenangkan hati. Alhamdulillah. Banyak jugak yang kitaorang belajar bila dia semakin besar. Kadang kami alpa dan setiap kali diuji kami juga belajar perbaiki setiap kesilapan dan kekurangan,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama, Ozlynn turut berkongsi perbualannya bersama anaknya itu yang ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di Dublin, Ireland.

Ibu kepada enam orang cahaya mata ini dilihat tersentuh saat mereka membincangkan mengenai perbelanjaan bulanan anaknnya ketika di luar negara.

Ads

“Dia Yang Merasa Segala Kesusahan Kitaorang…,” – Tahu Bawa Diri Di ‘Oversea’, Dalam Sungguh Pesanan Ozlynn Wati Buat Anak Sulung

“Dia Yang Merasa Segala Kesusahan Kitaorang…,” – Tahu Bawa Diri Di ‘Oversea’, Dalam Sungguh Pesanan Ozlynn Wati Buat Anak Sulung “Dia Yang Merasa Segala Kesusahan Kitaorang…,” – Tahu Bawa Diri Di ‘Oversea’, Dalam Sungguh Pesanan Ozlynn Wati Buat Anak SulungMalah, dia juga turut mendoakan semoga perjalanan hidup anaknya itu akan sentiasa dipermudahkan.

“Dia jugak anak yang buat kami belajar banyak perkara. Anakku Ariq, mama dan papa sentiasa mendoakan perjalanan hidup kamu dipermudahkan dan penuh dengan kejayaan tapi ingatlah, Allah sentiasa menguji hambaNya untuk menjadi yang terbaik disisiNya.

“Dan Allah tidak melihat bagaimana hambaNya diuji tapi Allah melihat bagaimana hambaNya MENGHADAPI ujian itu.

“Sesungguhnya setiap amalan kita bukanlah untuk mencari syurga akan tetapi setiap amalan kita adalah untuk mencari Redha Allah kerana kita ke syurga atas keredhaan Allah.

Ads

“Papa dan mama love you. Berjayanya kamu dalam pelajaran adalah bonus buat papa dan mama tapi berjayanya kamu dalam agama adalah syurga dunia buat kami. Jadilah manusia yang sentiasa merendah diri. InsyaAllah senang hidupmu nanti,” jelasnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sebab selain turut memuji cara didikan Ozlynn terhadap anak-anaknya.

“Bagusnya abang Ariq. Alhamdulillah.

“Masyaallah anak soleh.

“Ya tuhan moga dimudahkan urusan Ariq.

Ads

“Semoga Allah sentiasa memberkahi kalian sekeluarga kak. I do enjoy and always inspired reading your sharing. Masya Allah.

“Alhamdulillah dapat anak yang baik pun satu rezeki daripada Allah,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Dia Yang Merasa Segala Kesusahan Kitaorang…,” – Tahu Bawa Diri Di ‘Oversea’, Dalam Sungguh Pesanan Ozlynn Wati Buat Anak Sulung “Dia Yang Merasa Segala Kesusahan Kitaorang…,” – Tahu Bawa Diri Di ‘Oversea’, Dalam Sungguh Pesanan Ozlynn Wati Buat Anak Sulung “Dia Yang Merasa Segala Kesusahan Kitaorang…,” – Tahu Bawa Diri Di ‘Oversea’, Dalam Sungguh Pesanan Ozlynn Wati Buat Anak Sulung

Sekadar informasi, Ozlyn dan Johan telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq Moleq dan Cherdiq.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Ikhsan Foto: Instagram Ozlynn Wati

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI