“Dialah Yang Selalu Bertanya “Icha Are You Ok?…”,” – Perkongsian Izara Aishah Terhadap TokTi

Share

Pelakon Izara Aishah lewat semalam ada menitipkan sesuatu buat penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kongsi heroin drama Jodoh-Jodoh Anissa ini, dia berterima kasih dengan penyanyi yang juga ibu mertuanya itu atas perhatian dan ambil beratnya.

“Mak iti, terima kasih kerana sentiasa mengambil berat, memberi nasihat dan menceriakan suasana.

“Dia lah yang selalu bertanya “icha are you ok?” Hehe.. Thanks for being a great example to all of us,” tulisnya.

Terdahulu, Izara yang mesra disapa Icha oleh kenalan rapat mendirikan rumah tangga dengan anak tiri penyanyi berkenaan, Adib Khalid pada 17 November 2017.

Terdahulu, Izara turut memberikan dedikasi terrhadap ibu Adib yang juga ibu mertuanya, Tengku Zawiyah menerusi aplikasi masa.

Foto: Instagram Izara Aishah

Published by
MH