Pelakon dan pengarah Issey Fazlisham menjelaskan idea untuk mengarahkan drama Perang Nasi Dagang: Kelate VS Ganu bukanlah bertujuan untuk memecah belahkan warga Pantai Timur.
Menurut Issey, drama ini dibuat bagi menceritakan keistimewaan juadah tradisi yang ada di dua negeri tersebut.
“Saya suka mengangkat naskhah yang dekat dengan masyarakat khususnya Pantai Timur kerana saya berasal daripada Kelantan. Bila kita fikirkan idea, saya rasa topik nasin dagang ini wajar untuk diangkat.
“Sub topiknya adalah nasi dagang tapi ada banyak lagi kisah yang diketengahkan daripada drama ini. Jadi, saya gunakan perbezaan pendapat itu untuk mengolahkan cerita.
“Idea asal filem ini hadir ketika sahabat saya dari Terengganu datang ke rumah untuk beraya. Ketika itu, saya menyediakan juadah Nasi Dagang Kelantan yang dimakan bersama gulai ayam, udang dan ikan. Gulainya pun berbeza dengan Terengganu.
“Kemudian sahabat saya bertanya dalam keadaan marah-marah manja, ‘kenapa nasi dagang makan dengan gulai ayam?’. Saya menjawaba beginilah cara orang Kelantan makan. Jadi, saya rasa nasi dagang ini boleh dijadikan subjek drama,” katanya kepada MH.
Ads
Pada masa sama, penyampai radio THR Gegar ini turut memaklumkan drama ini mahu memberikan fokus terhadap survival orang-orang Pantai Timur yang berniaga di kota Kuala Lumpur.
“Saya juga nak menunjukkan kisah anak perantau yang berniaga kedai makan di Kuala Lumpur. Saya sendiri anak perantau dan penggambaran drama ini berlangsung di Kuala Lumpur.
“Hal ini sangat berkait rapat dengan keadaan sekeliling. Pergi mana-mana pun ada kedai tom yam dan nasi berlauk pagi yang diuruskan oleh orang Pantai Timur,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Issey turut menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya agak pilih kasih kerana hanya memilih pelakon-pelakon yang mempunyai darah Pantai Timur.
“Kesemua pelakon drama ini mempunyai darah Kelantan dan Terengganu. Saya memang kena pilih barisan pelakon yang kena dengan watak.
“Saya bukan tak nak pilih pelakon luar untuk bawakan watak orang Pantai Timur tapi saya kena ambil pelakon yang tiada masalah dari segi dialog. Orang Terengganu dan Kelantan mesti fasih dialek mereka.
Ads
“Skrip kita dalam Bahasa Melayu dan pelakon kena olah sendiri mengikut dialek mereka. Saya nak pelakon itu selesa dengan watak mereka.
“Memang kita sekadar berlakon tapi dialek Kelantan dan Terengganu ini tak boleh dibuat-buat. Kena orang yang mahir. Cuma Nora Danish saya boleh terima dan maafkan walaupun ada lari sedikit,” akhirinya.
Terdahulu, drama Perang Nasi Dagang Kelantan VS Ganu bakal mula bersiaran pada 19 Julai ini di saluran Astro Warna.
Drama inu turut dibintangi barisan pelakon seperti Sabri Yunus, Kimal, Nora Danish, Adrina Kamaruddin dan Mek Yun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah mendirikan rumah tangga bersama, pelakon Aiman Hakim Ridza mengakui dia dan isteri, Zahirah MacWilson sentiasa memberi sokongan kepada karier seni lakonan satu sama lain.
Menurut Aiman, isteri tersayang juga bersikap terbuka dan bersikap matang apabila dia digandingkan bersama pelakon wanita yang lain menerusi mana-mana naskhah.
“Apabila saya balik ke rumah selepas selesai jalani penggambaran, saya akan berkongsi dan beritahu dia setiap babak yang saya telah lakonkan.
“Kadang ada juga saya bertanya dengan dia, sama ada babak yang saya lakonkan itu adalah satu tindakan yang betul sebab status saya sekarang pun dan berlainan.
“Zahirah pada masa sama banyak bantu saya dari segi berkongsi idea dan sebagainya kepada saya. Jadi, saya bersyukur memiliki seseorang seperti Zahirah dalam hidup saya,” katanya.
Aiman kini muncul dalam sebuah drama komedi romantik popular daripada Korea Selatan yang diolahkan semula, She Was Pretty.
Menerusi drama komedi romantik berkenaan, Aiman bergandingkan bersama pelakon Diana Danielle.
Tambah Aiman, Zahirah sentiasa memberi galakan kepada dirinya sepanjang menjayakan She Was Pretty sebelum ini.
“Macam sebelum ni, Zahirah memang pernah berjumpa dengan Diana Danielle. Jadi apabila dia mengetahui saya bakal digandingkan bersama Diana, dia lebih ke arah ingin mengetahui bagaimana pengalaman bekerjasama dengan aktres tersebut.
“Manakala dari segi sokongan moral pula, Zahirah adalah seorang yang sangat matang dan selalu beri sokongan kepada saya,” luahnya lagi.
Selain Aiman dan Diana, drama komedi romantik ini turut dibintangi pelakon Alvin Chong, Daniella Sya dan bakal ditayangkan di penstriman video OTT pan serantau terkemuka, Viu mulai 23 Jun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Aiman Hakim Ridza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce ada menjelaskan mengenai kekeliruan orang ramai tentang foto tranformasi dirinya yang tular beberapa hari lalu.
Menurut Ain, segala perubahan yang berlaku ke atas dirinya ketika ini adalah disebabkan usaha dan pengorbanannya melakukan senaman secara berterusan.
Ramai tanya gamba transformation tu berbeza sgt… Example soalan : mcm mne muka boleh kurus? Macam mana boleh putih? Hidung lain? Jawapan die : WORKOUT. WORKOUT. WORKOUT.
Penjelasan tersebut dikongsikan Ain menerusi akaun Twitter miliknya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan usaha keras Ain demi mendapatkan tubuh badan ideal yang diidamkannya itu.
Baru-baru ini, pengacara Hero Remaja 2020 itu telah memuat naik foto tranformasi dirinya bagi menyahut cabaran #untiltomorrow yang kini trending di platform media sosial.
Foto tersebut kemudiannya tular selepas meraih hampir 100,000 tanda suka selain turut menerima ribuan komen.
sumber: Twitter Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Teka-teki mengenai siapakah hos tetap program hiburan MeleTOP akhirnya terhawab selepas nama personaliti televisyen, Hawa Rizwana diumumkan sebagai pengacara di samping Nabil Ahmad.
Pengumuman tersebut dibuat sebentar tadi, secara langsung yang menyaksikan Hawa menerima tepukan gemuruh penonton di studio.
Malah perkongsian sama turut dikongsikan di Instagram MeleTOP.
“Dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang. Dua tiga boleh ku cari, mana nak sama hos ku seorang! Agituuuu min pon berpantun!
”Tu dia hos baru kita, @hawarizwana!!,” tulis akaun terbabit menerusi ruangan kapsyen.
Terdahulu, semenjak pengunduran Neelofa dalam program hiburan itu pada Disember 2019, MeleTOP tidak menemui pengacara tetap wanita, sebaliknya hanya digantikan oleh pengacara jemputan setiap minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!