Baru sahaja berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izara Aisyah, 27, telah berangkat ke tanah suci bagi menunaikan umrah.

Meski tidak menghebahkan mengenai perkara itu, pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang turut berada di Mekah bagi tujuan sama telah pun bersua dengan bintang berkenaan dan mereka kemudiannya turut merakam foto bersama.

Sambil memuji penampilan bintang drama Ombak Rindu The Series terbabit, pertemuan mereka turut dikongsikan oleh ibu beranak satu itu menerusi entri terkininya di Instagram.

Ads

“Look who’s here in Medina. Mummy to be @izaraaishahofficial la. Masyallah cantik preggy mummy ni walau mengandung 6 bulan.

“Nampak macam tak mengandung kan? Fya mengandung 6 bulan nak masuk pintu pun tak muat. U ols agak la anak die girl ke boy?,” tulisnya di ruangan kaspyen lalu mendapat komen pelbagai dari para peminat.

Rata-ratanya memuji penampilan keduanya selain yang mendoakan agar mereka terus istiqamah.

Ads

Pada masa sama, ada juga peminat yang memuji Izara kerana berangkat ke tanah suci dalam diam, tidak berkongsi di media sosial. Difahamkan, turut sama menemaninya ialah ialah suami tersayang.

“Diam-Diam Dah Sampai Tanah Suci,” – Tak Heboh Di Media Sosial, Izara Aisyah Tunai Umrah Dengan Suami

Ads

Semoga ibadah keduanya dipermudahkan dan mendapat umrah mabrur.

Terdahulu, Izara melangsungkan perkahwinan dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid lebih tiga tahun lalu dan pasangan ini bakal menimang cahaya mata April depan.

Foto: Instagram Lufya Omar, Izara Aisyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI