Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memaklumkan dia dan suami yang juga merupakan penyanyi, Raja Syahiran telah sepakat untuk menamakan anak sulong mereka, Raja Ulhan.
Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh Uyaina menerusi entri terkini di laman Instagram.
Jelas Uyaina, nama Urhan diambil bersempena nama tokoh Islam dan turut membawa maksud sebagai pemimpin yang hebat.
“Assalamualaikum everyone! Meet Raja Urhan bin Raja Syahiran. ‘Urhan’ bermaksud Pemimpin Yang Hebat, A Great Leader.
“Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta ‘Noor Alhan’, nama ‘Urhan’ juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi,” tulisnya.
Jelas pengacara program Wanita Hari Ini itu lagi, nama tersebut juga sangat dekat dengan nama ibunya Noor Alhan.
Ads
Bagaimanapun, menerusi entri tersebut, Uyaina dan Syahiran masih lagi belum berkongsi wajah putera mereka itu.
Pada masa sama, akaun Instagram Alhan juga sudah pun diwujudkan dan kini masih lagi diletakkan di dalam mod private.
Sementara itu, Uyaina turut berharap agar anaknya itu membesar menjadi insan yang berguna buat masyarakat
“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang Aamiinn.
“And so. Our parenthood journey begins. Bismillah,” jelasnya lagi.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemilihan nama tersebut selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat anaknya itu.
“Tahniah adinda berdua. Mudah-mudahan anakanda Urhan akan menjadi permata bersinar dan membanggakan kedua orang tuanya.
“Semoga berbahagia hingga ke jannah.
Ads
“Alhamdulillah, kurniaan terindah bagi seorang ibu dan ayah. Semoga cahaya mata membesar sihat dan menjadi insan berhati mulia.
“Alhamdulillah, nama yang baik, hebat dan simple,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, Uyaina telah selamat melahirkan cahaya mata sulongnya itu pada tanggal 8 September lalu secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu di sebuah premis perkahwinan di ibu negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arsyad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti media sosial, King Coco berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibunya, Fatimah Abdullah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Isnin.
Menurut King Koko atau nama sebenarnya, Marshaira Ismail, dia terkilan kerana menyifatkan baktinya masih belum cukup untuk membalas segala jasa ibunya selama ini.
“Minta sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu kesayangan saya. Fatimah Abdullah who had just pass away ini about hour ago.
“Mama, kenapa pergi. I still need you. Maaaa, I owe you so much Maa. Tak sempat nak bayar apa-apa pun. Tak cukup bayar lagi maa.
“Kenapa pergi? Kata nak bercuti sama? Kata nak pindah duduk dengan adik. Mama tipu, mama tinggal adik,” tulisnya.
Khabar tersebut dikongsikannya menerusi beberapa hantaran yang dimuat nak di ruangan IG stories.
Dalam pada itu, King Coco turut memberitahu, dia kini sedang berusaha mencari kekuatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ketiadaan ibunya nanti.
“Maaf saya tak meratap. InsyaAllah doakan saya kuat. Kuat dan kuat. Besar dugaan untuk saya. Hati saya hilang semua. Semua hancur.
“Terima kasih yang mendoakan arwah mama saya. Hanya Allah SWT yang dapat balas. Terlampau banyak mesej dan calls yang tak dapat saya dahulukan,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu, King Coco turut memaklumkan dia tetap akan meneruskan misi bantuannya untuk menghulurkan sumbangan buat mereka yang terkesan akibat aku pandemik Covid-19.
“InsyaAllah saya okay. Untuk rumah yang kekurangan beras. DM saya nombor account. Saya akan sedekah. Saya tak minta banyak. Doakan ibu saya sahaja,” ujarnya.
Meninjau di ruangan Instagram stories, rata-rata kenalan King Koko turut berkongsi rasa selain mendoakan semoga arwah ibunya itu ditempatkan di kalangan orang beriman.
“Salam takziah tu my bff King Coco atas pemergian ibu tercinta. Stau strong babe.
“Al-Fatihah untuk mama you babe. You kena kuat bff. Tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk mama King Coco.
“Saya ucapkan takziah to my friend atas pemergian ibunya.
“Salah takziah to my friend King Coco and family atas pemergian ibu tersayang. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Stau strong Coco,” antara reaksi-reaksi kenalan King Coco yang kembali dikongsikan menerusi Instagram stories.
Sumber: Instagram King Coco
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dalam pada itu, perkongsian pelakon Patah Sayang Bertongkat Paruh itu mendapat pujian daripada peminat.
Semuanya gara-gara selepas mereka melihat kemesraan pasangan ini meluangkan masa bersama anak-anak tersayang.
Fasha yang kini bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Jejai atau nama lengkapnya, Rizal Ashram Ramli pada 2012 sebelum berpisah empat tahun selepas itu.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Alahai, semakin mesra dan romatis pasangan penganti baru ini. Makin bertambah manis!
Foto : Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!