Aksi Neelofa memegang perut ketika menjayakan majlis sambutan ulang tahun anak pertamanya, Muhammad Bilal menguatkan lagi spekulasi mengatakan dia kini sedang hamil cahaya mata kedua.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok, netizen turut mendakwa kelihatan jelas ‘baby bump’ saat pengacara dan usahawan popular itu memegang perutnya.
Susulan itu, Neelofa menerima ucapan tahniah daripada peminat dan teruja Bilal bakal dikurniakan adik tidak lama lagi.
Baru-baru ini, nama aktor popular, Zul Ariffin menarik perhatian ramai setelah dia beberapa kali dilihat mengikuti program-program amal dan kebajikan yang dikendalikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Malah, beberapa buah video yang memaparkan aktiviti Zul bersama Ustaz Ebit turut tular di seluruh platform media sosial.
Malah, klip-klip video berkenaan turut dikongsikan semula oleh Zul menerusi platform media sosial miliknya.
Menurut Zul, kesemua postingnya itu bukanlah berniat untuk menunjukkan-nunjuk sebaliknya, dia hanya mahu berkongsi pengalaman kecilnya sewaktu menyertai program dakwah tersebut.
Minta maaf tau klu saya post kt iG or Twitter psl agama, langsung takde niat nk menunjuk, raih pujian,nak perhatian, cuma share experience je, wlupun cedok nasi, klu Allah swt tak izinkan, tak sampai saya kt tempat tu,, cedok nasik pun boleh senyum 1 hari tau
“Minta maaf tau kalau saya post dekat Instagram or Twitter pasal agama, langsung takde niat nak menunjuk, raih pujian atau nak perhatian.
“Cuma share experience je, walaupun cedok nasi, kalau Allah SWT tak izinkan, tak sampai saya dekat tempat tu. Cedok nasik pun boleh senyum 1 hari tau,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Sangkar itu menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.
Sehubungan itu, Zul turut berharap agar usahanya untuk berubah ke arah yang lebih baik itu tidak disalah ertikan oleh para masyarakat di luar sana.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu dirinya terjerumus didalam golongan oran-orang yang riak.
Saya now tgh seronok nak ambik tau more and more, tp kene kawal diri sendiri dan sekeliling, sbb riak ngan ilmu agama ni bagi saya la, lagi teruk drpd kaya raya..sbb riak tu cam dlm poket kita je, dia tak duk jauh pun..🤲🏻😊
“Saya now tengah seronok nak ambik tahu more and more tapi kena kawal diri sendiri dan sekeliling sebab riak dengan ilmu agama ni bagi saya la, lagi teruk daripada kaya raya sebab riak tu macam dalam poket kita je, dia tak duduk jauh pun.
Korang jgn lak igt sy ni tiber nak jadi itu ini lak ek, saya cume ‘trying’ sebaik mungkin nak menimba ilmu, pengalaman.. kerisauan dan sokongan korang sy hargai, sweet korang ni❤️🤲🏻
“Korang jangan pula ingat saya ni tibe nak jadi itu ini pula eh. Saya cume ‘trying’ sebaik mungkin nak menimba ilmu dan pengalaman. Kerisauan dan sokongan korang saya hargai, sweet korang ni,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak henti-henti menyatakan sokongan selain turut berharap agar segala urusan Zul selepas ini akan sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah berubah ke arah yang lebih baik. Semoga dimudahkan urusan untuk menambah ilmu dunia akhirat.
“Alhamdulillah. Kita sama-sama ke arah untuk memperbaiki diri masing-masing to be hamba yang lebih baik, taat dan disayangi Allah.
“Kita doakan yang terbaik buat awak,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.
Sebelum ini, Zul dilihat sering kali menyertai kerja-kerja amal bersama Ustaz Ebit antaranya memberi makan kepada para gelandangan, menyantuni keluarga-keluarga miskin dan banyak lagi.
Sumber: Twitter & Instagram Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...