Pelakon dan pengacara Diana Amir meluahkan rasa syukur apabila menjadi tetamu Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali kedua selepas tahun 2011. 

Kongsi ibu kepada tiga orang anak itu, dia ditemani rakan-rakan serta dua orang anaknya iaitu Khawlah Al Azwar, 4 dan Khadija Azzehra, 2 tahun bersama-sama menunaikan ibdah umrah itu. 

“Allahuakhbar! Penantian 8 tahun akhirnya Diana dpt jejakkan kaki kembali ke rumah Allah, lepas @zuhudholiday bgtau wanita boleh tunaikan umrah tanpa mahram. Ada yg dm Diana bgtau travel agent dia masih taknak bawa dia tanpa mahram, boleh contact @zuhudholiday k? Diana bawa Khawlah dan Khadija 2 anak perempuan Diana. Segalanya berjalan lancar, alhamdulillah!

“Pergi menunaikan umrah, bersederhanalah. Kita datang sebagai tetamu, hamba Allah yang hina, mengakui banyak dosa dan mengharapkan rahmatNya.

“Diana suka, dalam plane ustaz ada bagi tazkirah, tak perlu tengok movie yang tersedia dalam plane, hari2 dah kita tengok movie. Nak tunaikan umrah, lupakan dan tinggalkan dunia dalam jagaanNya, kembalikan perhatian, masa dan jiwa pada Dia. Sebab tu sebelum pergi kena buat wasiatkan?,” kongsi pelakon filem 7 Petala Cinta itu. 

Malah, pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim itu turut menasihati agar sentiasa kelihatan cantik dan kemas apabila menziarahi pusara Nabi; tetapi tidak perlu keterlaluan.

Ads

“Bila pergi ke Madinah , nak ziarah Nabi barulah kita melawa2. Macam hari raya lah. Cuma taklah melawa mcm kat Malaysia, melawa cara disana, pakai baju baru yg paling cantik kita ada, pakai wangian bagi lelaki, setiap kali nak ziarah mandi wangi2, gitu. .

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” (QS. Al-A’raf: 26).

“Februari 2020 Diana akan pergi lagi InsyaAllah,” rancang wanita itu.

View this post on Instagram

Allahuakhbar! Penantian 8 tahun akhirnya Diana dpt jejakkan kaki kembali ke rumah Allah, lepas @zuhudholiday bgtau wanita boleh tunaikan umrah tanpa mahram. Ada yg dm Diana bgtau travel agent dia masih taknak bawa dia tanpa mahram, boleh contact @zuhudholiday k? Diana bawa Khawlah dan Khadija 2 anak perempuan Diana. Segalanya berjalan lancar, alhamdulillah! . . Pergi menunaikan umrah, bersederhanalah. Bukan sekadar bercuti, entah bila kita akan dijemput lagi.. Kita datang sebagai tetamu, hamba Allah yang hina, mengakui banyak dosa dan mengharapkan redhaNya. . . Diana suka, dalam plane ustaz ada bagi tazkirah, tak perlu tengok movie yang tersedia dalam plane, hari2 dah kita tengok movie. Nak tunaikan umrah, lupakan dan tinggalkan dunia dalam jagaanNya, kembalikan perhatian, masa dan jiwa pada Dia. Sebab tu sebelum pergi kena buat wasiatkan? . . Februari 2020 Diana akan pergi lagi InsyaAllah, kalau nak pergi sama boleh contact @zuhudholiday k? #DianaxZuhudumrahdiary @zuhudholiday . . 📸 @anis.abu.bakar @nuna_malaysia #NunaPEPPNEXT

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on

Ads

Disamping itu, Diana turut berkongsi beberapa aktivitinya sepanjang berada di Tanah Suci.

Ads

View this post on Instagram

Salam I received doas from my last posts, but lets do this the right way insyaAllah. sebab ada yg minta doakan tp nama handle bukan nama sebenar kan? insyaAllah tinggalkan doa di bawah, dengan nama penuh, (tulis sambil hati penuh berharap pada Allah ya) . saya akan baca bila ada masa terluang disini insyaAllah. kalau ada juga yg terbaca kiriman doa di bawah, dan ada masa terluang, jom doakan sama2. maafkan diana kalau x sempat baca, Allah Maha mendengar dan melihat, semoga Allah makbulkan munajat hamba2Nya dan diberi lebih lagi. Semoga diberi hati yang sentiasa cintakan kebaikan dan sabar, cintakan solat, AlQuran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah memanggil kita kembali padaNya dalam keadaan Dia paling redha pada kita, dan kita peroleh Husnul Khotimah insyaAllah, amin.

A post shared by D I A N A A M I R (@dianaamir) on

Terdahulu, Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 25 Oktober 2013.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Khawlah Al Azwar, 4, Khadija Azzehra, 2, dan Muhammad Khalid Al Habib berusia setahun.

Foto/Video : Instagram Diana Amir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI