Selepas tular kisah guru merotan pelajar baru-baru ini, pelakon Diana Danielle ada mengimbau kisah pada zaman persekolahannya.
Isteri kepada Farid Kamil ini pada masa sama ada mendedahkan, denda yang diterima menyebabkan dia tidak mahu lagi lakikan kesalahan kali kedua.
“Zaman sekarang kena cubit pun mak ayah dah zoom depan pintu guru besar. Kalau dulu cikgu maths saya siap pusing tali pusat dgn aku aku sekali terpusing2 hanya sebab tertinggal buku latihan.. lepas rasa sekali dah takde lupa2 dah, aktif terus ingatan kalau masuk maths class.
“Kelas BM dulu kalau tak siapkan karangan rotan halus dah standby gantung kat kelas (cikgu BM suka psycho kita sebelum dia masuk dah gantung dulu), bayangkan kalau tak siap pun magically boleh siap karangan dalam masa 5 minit sbb tak rela bila tahu nasib, tahu outcome.
“Dah la lepas dirotan, kena duduk luar kelas habiskan karangan baru boleh masuk. Malu eh kengkawan tgk kita tak siapkan kerja skolah,” tulisnya.
Tambahnya lagi, guru punya hak untuk mendidik, namun bukan sehingga mencederakan pelajar.
“Tapi ye faham, kadang cara punishment pun perlulah sesuai dgn kesalahan + umur budak tu. Jangan la didera dgn tali paip sampai hilang kaki, itu bukan mendidik dah tu. Apapun terima kasih cikgu, i love u tq for twisting my pusat,” kongsinya lagi.
Setuju dengan kenyataan aktres ini, jelas netizen, ibu bapa seharusnya mencorakkan keperibadian pelajar, bukannya tanggungjawab guru semata-mata.
Foto : Instagram Diana Danielle