Diana Danielle Dakwa Farid Kamil Panas Baran, Paksa Aurora Tidur Atas Lantai; “Didik Anak Jangan Sampai…”

Share

‘Perbalahan’ di antara pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil semakin meruncing apabila Diana tampil mendedahkan tindakan suaminya yang disifatkan keterlaluan dalam ‘menghukum’ anak mereka sehingga memaksa Nur Aurora tidur di atas lantai bilik.

Menerusi perkongsian di InstaStory, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, mendedahkan insiden ‘petik cili’ menyebabkan anak kedua mereka, Aurora trauma dengan Farid sehingga ke hari ini.

“Dia (Farid) nak tekankan kata insiden marah anak tu kecil sahaja. Saya nak tekankan di sini, dia dah mula tengking-tengking marah dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh.

“Sampai ke esok pagi, dia masih menengking anak-anak atas sebab-sebab remeh. Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia.

“Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati,” tulis Diana.

Dalam hantaran itu juga, Diana turut berkongsi Aurora menggigil ketakutan disebabkan sikap panas baran bapanya.

“Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut. Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah (Farid) malam tu sebab dia nak sambung ‘ajar’ anak.

“Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, dah lah ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya (yang biasanya rutin), disuruh tidur atas lantai.

“Bila saya nak ambil Aurora masuk bilik kerana tak tahan tengok treatment (layanan) anak macam itu, dia tolak saya berkali-kali halang saya ambil anak saya.

“Saya tetap berkeras untuk bawa anak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya. Sebelum saya keluar dari bilik, dia ugut lagi akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas. Dia (Farid) dalam keadaan emosi tidak stabil. Saya tidak pernah nampak dia berkelakuan begitu dan ia menimbulkan ketakutan kepada saya sekiranya berlaku apa-apa perkara buruk.

“Bilik itu pun tak sesuai anak masuk. You (Farid) tahu kenapa bilik tu tak sepatutnya ada anak dalam tu. Jadi memang tak sesuai nak suruh anak tidur dalam bilik tu, apa lagi atas lantai,” luah Diana lagi.

Disebabkan tidak tahan dengan perlakuan Farid, Diana berkata dia terpaksa menghubungi pihak polis untuk masuk campur.

“Dengan keadaan dia yang tak boleh kawal emosi, saya terpaksa call polis untuk keluar dari rumah sebab tak tahu apa lagi yang akan berlaku esoknya.

“Dia dah ugut nak sambung hukuman dan pukul Aurora. CUKUP!

“Aurora tak sengaja, didik anak jangan sampai dera emosi. It was the first time ever dan dia tak tahu petik cili dianggap mencuri.. bukan dia niat mencuri,” tulisnya lagi.

Menerusi luahan itu lagi, Diana berkata dia tidak berniat untuk mendedahkan insiden tersebut namun terpaksa berbuat demikian memandangkan Farid didakwa sengaja ingin meraih simpati orang ramai di atas kenyataannya berhubung permasalahan rumah tangga mereka sebelum ini.

“You panggil Melodi datang rumah I, buat cerita sedih, bercerita hanya separuh kebenaran, you nak imply semuanya tidak berasas.

“Saya tidak pernah mahu berkongsi atau bercerita apa yang berlaku sebenarnya kepada orang ramai tapi memandangkan awak tetap berterusan bercerita kepada pihak media untuk mendapatkan perhatian dan simpati ramai, awak buat saya tiada pilihan melainkan terpaksa berkongsi cerita kepada umum.

“Selebihnya, kita akan ‘sambung’ di mahkamah nanti,” tulis Diana lagi.

Terdahulu, Farid menerusi program Melodi pada Ahad mendedahkan dia hanya ingin mengajar Aurora yang dikatakan memasuki rumah jiran mereka untuk memetik cili.

Menurut Farid, Diana ‘berang’ dengan tindakannya itu dalam cubaan untuk mendidik anak mereka.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohammad, 10, dan Nur Aurora, 8 tahun.

Pada 10 Mac lalu, Diana telah memfailkan permohonan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari atas alasan rumah tangga mereka sudah tiada lagi persefahaman selain berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Farid, 42, bagaimanapun enggan menceraikan Diana kerana masih sayangkan isterinya itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar