
Pelakon popular, Diana Danielle didakwa telah memfailkan cerai terhadap suaminya, aktor Farid Kamil awal bulan lalu.
Diana, 32, dikatakan membuat permohonan tersebut atas alasan tiada lagi persefahaman dan telah berlaku perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Sebutan permohonan cerai tersebut telah di buat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin, lapor mStar.
Ketika permohonan dibacakan Farid atau Farid Kami Zahari, 42, enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu.
Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac depan.
Untuk rekod Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Aurora, 8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: mStar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tya Arifin Cerita Ibu Pernah Ditipu Ahli Politik Sampai Terbeban Hutang, Berlaku Ketika Dia Masih Sekolah

Usahawan selebriti dan pelakon asal Indonesia, Tya Arifin mendakwa ibunya sebelum ini pernah ditipu seorang ahli politik sehingga mengakibatkan keluarga mereka berdepan masalah kewangan.
Tya atau nama sebenar, Nurtria Wulandari Arifin, 28, berkata, insiden yang berlaku ketika dia masih bersekolah itu sangat memberikan kesan apabila ibunya kehilangan segala harta dalam sekelip mata.
“Kami hilang kereta, rumah dan tanah hasil titik peluh selepas ibu ditipu seorang ahli politik di Palembang, Indonesia.
“Lebih perit apabila ibu menurunkan tandatangan pada dokumen sehingga menyebabkan ibu juga terpaksa menanggung beban hutang,” katanya kepada MH.
Tya ditemui pada majlis sidang media program bual bicara, Next to Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil baru-baru ini.
Menurut Tya, keseluruhan kisah ‘tragis’ melibatkan keluarganya itu bakal diceritakan menerusi program tersebut yang akan bersiaran bermula 22 Oktober ini di saluran Astro Ria, jam 10 malam.
Selain Tya, antara tetamu lain yang bakal berkongsi kisah hidup mereka dalam rancangan tersebut seperti Datin Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah Liyana, Ziana Zain dan ibu Neelofa sendiri iaitu Datin Noor Kartini Mohamed Noor.
Pengasas jamu Mutyara ini berkata dia teruja dipilih sebagai salah seorang tetamu dan berterima kasih di atas sokongan yang telah diterimanya sepanjang menetap di Malaysia sejak mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid.
Artikel Berkaitan;
Video Atas Katil? Tya Arifin Nafi Taktik ‘Marketing’; “Saya Faham Mungkin Niat Dia Tak Jahat Tapi…”
“Kalau Bukan Diri Saya, Memang Tak Kan Buat,” – Isu ‘Founder’ Viral, Menurut Tya Arifin…
“Saya gembira dengan perkembangan perniagaan jamu Mutyara dan terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Moga Jadi Anak Solehah Yang Menjaga Akhlak…,” – Nurida Suraya Bersalin, Rizman Sambut Anak Kedua & Rainaa Nama Diberi

Pesyen terkenal dan pengasas bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin selamat menimang cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsikan Rizman menerusi hantaran terkininya di laman Instagram, sekali dengan wajah serta nama puteri keduanya.
“Bismillahirahmanirahhim dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam.
“Alhamdulillah, 11 Ramadan, telah lahir puteri kedua kami yang dinanti, PRINCESS RAINAA,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Melalui entri yang sama juga, Rizman turut memaklumkan makna nama anak kedua hasil pilihannya dan isteri, Rainaa yang turut membawa maksud yang indah dan baik.
Meluahkan rasa syukur, Rizman turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya itu dipermudahkan, menjadi anak solehah dan baik budi pekertinya.
“Semoga Rainaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi. Amin amin ya rabbalalamin,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut sama tumpang gembira dan memuji wajah comel Rainaa yang saling tak tumpah seperti kakaknya.
Imbas kembali, Rizman dan isteri, Nurida Suraya mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019.
Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Rizqaa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akan Anjur Beberapa Majlis, Mira Filzah Dedah Bakal Sarung Baju Pengantin Rizman Ruzaini & Fizi Woo Menjelang Hari Bahagia Bergelar Isteri

“Alhamdulillah, persiapan berjalan dengan lancar.” Itu perkongsian daripada pelakon popular, Mira Filzah selepas ditanya mengenai perkembangan persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Meski tidak memberikan perkongsian secara terperinci mengenai majlis raja sehari yang akan dijalankan, bintang ini tetap terbuka berkongsi menjelang hari istimewanya itu.
“Insya-Allah kami akan mengadakan beberapa majlis resepsi. Bagaimanapun, saya ingin beritahu awal-awal kepada semua, atas kekangan semasa yang tidak menentu, jadi kami hanya menjemput sekitar 200 hingga 250 sahaja bagi setiap majlis.
“Kami pun tidak mahu mengambil risiko meski sejujurnya ramai yang ingin kami jemput. Terpaksa dipecah-pecahkan senarai tetamu untuk beberapa majlis yang akan berlangsung nanti,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai gaun perkahwinan serta tajaan perkahwinan, pelakon Sweet Dreams itu lebih selesa menguruskannya sendiri.
Apatah lagi, ia merupakan suatu fasa bermakna buat dirinya dan bakal suami.
“Soal persiapan tidak boleh saya kongsikan secara terperinci, cuma insya-Allah saya akan menggayakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan Fizi Woo.
“Saya juga memilih untuk menguruskan sendiri soal perkahwinan. Apa yang boleh saya cakap setakat ini, kira-kira 90 peratus menggunakan pembiayaan sendiri.
“Momen indah ini insya-Allah akan berlaku sekali dalam hidup. Kalau boleh saya mahu ia berjalan sebagaimana yang saya impi dan rancangkan.
“Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kerana ada pihak yang sudi bertanya mengenai soal tajaan majlis perkahwinan kami.
“Cuma rasanya setakat ini, saya rasa lebih puas andai diri sendiri yang memilih dan menentukan,” akuinya jujur.
Mira terdahulu ditemui pada majlis rakaman program realiti, Ratu Hijabista di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat.
Sementara itu, Mira turut mengulas berhubung isu ‘cultural appropriation’ seperti yang didakwa.
Jelasnya, dia tidak berniat menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.
Tampil membuat permohohan maaf andai ada pihak yang kurang senang, hal tersebut juga tanpa sengaja mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Ikuti penjelasan Mira mengenai perkara tersebut di sini;
https://www.instagram.com/tv/CELjXgIJrCZ/?igshid=1q821yx7ayfow
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI