Pelakon Diana Danielle berkata dia sangat berbangga apabila suaminya, Farid Kamil diberi peranan memegang watak tokoh pemimpin disegani, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Farid dipilih pihak produksi dari Indonesia, Bianglala Entertainment untuk menerajui watak tersebut selepas tiga pelakon tempatan lain menolak untuk menjayakannya.
Namun begitu, Diana berharap tiada pihak yang cuba mempolitikkan kerjaya suaminya sebagai seorang pelakon yang hanya ingin mencuba peluang membawakan watak tokoh atau figura politik bagi menggembangkan lagi kerjayanya.
“Memang masa Farid dapat tawaran, dia ada bincang dengan saya, adakah perlu dia buat atau tidak.
“Bagi saya, sebagai seorang pelakon, kita kena cari peluang.
“Saya nasihatkan (Farid), ini satu peluang, kita nak cari makan dann kita semua nak ada karier yang gemilang.
View this post on Instagram
“Jadi, ini adalah jalannya dan saya harap benda ini tidak dipolitikkan,” katanya kepada MH.
Diana ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu arahan Farid, Remp-It 2 di Dadi Cinema, Pavilion pada Isnin.
Menurut Diana lagi, sebagai seorang rakyat Malaysia, dia berasa gembira apabila melihat kebebasan bersuara kini lebih diterima berbanding zaman dahulu.
Malah, sebagai negara demokrasi, Diana berkata seharusnya semua pihak perlu meraikan kepelbagaian pendapat yang merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan.
“Kita bukan macam di zaman dulu. Jadi saya rasa lebih selamat sebagai rakyat Malaysia.
“Kita boleh jadi orang yang boleh suarakan pendapat. Itulah sebenarnya maksud demokrasi yang mana kita boleh bagi pendapat.
View this post on Instagram
“Dan tidak perlulah kita menghukum rakyat yang bebas dan berani bersuara walaupun benda itu sesuatu yang orang tak boleh terima atau sependapat dengannya.
“Kalau kita tidak bersetuju dengan sesuatu perkara itu pun dengan cara demokratik,” ujarnya lagi.
Anwar merupakan filem arahan Viva Westi dan dijangka ditayangkan pada awal tahun hadapan.
Selain Farid, filem ini turut menampilkan Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad), Piet Pagau dan Dewi Irawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI