Diana Ucap ‘Salam Ramadan’, Farid Hadir Ke Mahkamah Sambil Bawa Bunga Buat Isterinya

Share

“Bunga ini untuk Diana tanda perdamaian pertama.”

Demikian kata pelakon Farid Kamil yang mencuri tumpuan ramai apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi ini dengan membawa sejambak bunga bagi memujuk isterinya, Diana Danielle.

Terdahulu, lapor Harian Metro, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari tiba kira-kira jam 9 pagi kelihatan tenang dan tersenyum sambil membawa sejambak bunga.

Hari ini difahamkan Farid akan memaklumkan kepada mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Terdahulu, Diana yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam pula tiba di mahkamah sekitar jam 8.55 pagi.

‘Salam Ramadan,” katanya kepada wartawan sebelum memasuki mahkamah.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
MH