Mungkin bagi sesetengah orang miliki raut wajah seakan dengan selebriti adalah satu anugerah paling indah. Namun tidak pula bagi lelaki berketurunan Iran ini.
Reza Parastesh, lelaki berusia 25 tahun yang punyai wajah saling tidak tumpah seperti bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi ini hampir dipenjarakan hanya kerana dikatakan menganggu ketenteraman awam.
Apa yang terjadi? Sebenarnya jejaka ini hanya bersiar-siar di tengah kota bersama kereta kesayangannya dan tiba-tiba orang awam yang ada di sekitar kawasan tersebut lari dan menyerbunya untuk bergambar bersama.
Keadaan ini menjadi agak kecoh sehinggakan dia ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan lebih lanjut.
Menyedari wajahnya mirip pemain bola terbaik antarabangsa, ayah kandung Parastesh meminta anaknya itu menyarungkan jersey Barcelona bernombor 10 dan menangkap gambarnya berpakaian lengkap ala pemain bola sepak lalu mengirimkan gambar tersebut ke unit berita sukan.
Sejak itu, dia mendapat perhatian ramai dan mula dikenali sebagai ‘Messi KW’ versi Iran serta mendapat keuntungan daripada kelebihan yang dimiliki melalui terlibat dengan beberapa kontrak iklan, wawancara dan fotografi.
Menurutnya, walaupun adakalanya kelebihannya ini meletakkan dia dalam keadaan yang rumit, itu bukanlah penghalang untuk dia terus berlagak gaya ala Messi.
Katanya, kebanyakan penduduk di sana meminta dia untuk terus meniru gaya Messi kerana ia menghiburkan mereka malah membuatkan penduduk tempatan bangga dan gembira dengan kelebihannya itu.
Parastesh, merupakan salah seorang mahasiswa tempatan rasa sangat berbesar hati untuk terus menghiburkan penduduk tempatan dan menganggap ini adalah sebahagian daripada hiburannya untuk tatapan orang ramai.
SUMBER : BBC.COM